Friday 8 January 2016

review buku : REINKARNASI

well, it has been a while now.
lepas OSCE nanti, maka selesailah sem 3 kita.

tengah-tengah nak exam tu, aku sempatlah baca buku faiz ibrahim yang agak popular dalam facebook dan twitter ni. penulis muda yg berjiwa besar.
well, i have to say it is a good book to read.ni review dari sudut pandangan aku.

tajuk : REINKARNASI
penulis : FAIZ IBRAHIM
penerbit : THE BOOKU


nak kata puisi..bukan
ia lebih kepada monolog dalaman. sesuatu apa yg jiwa kau selalu bisikkan. soal hati dan jiwa ni tuan puan, rasa dia pada setiap orang tak sama. ada orang bila rebah, dia sapu debu dan bangkit sendiri, ada pula, langkah dia terhenti seketika kerana sakit utk bangkit. tapi akhirnya, pilihan yang ada cuma harus bangkit jua.

sesekali, bila kau tengah sakit bukan fizikal ni, bila ada kata2 semangat yang buat kau sedar sebenarnya bukan kau saja di duga begini, hati terasa lebih kental. seolah-olah rasa itu dikongsi. walaupun kau bukanlah orang yang suka berkongsi rasa dengan orang lain. ego.heh.

proses jatuh dan bangkit semula tu...sakit tuan, puan. setiap dari kita akan rasa. itu proses mendewasakan jiwa.

berbalik kepada buku ini: berharga rm 19.00 kat MPH Nu Sentral. ia bukan bacaan berat. santai. kena ngan jiwa yang tercalar. dia buat kau ingat bahawa ini cuma dugaan tuhan.


No comments:

Post a Comment