Sunday 10 December 2017

Travel : SEHARI DI IMIGRESEN UTC SENTUL DEMI PASSPORT

Entri kali ini adalah bertujuan utk mengenang kembali hari aku membuat passport di pejabat imigresen UTC sentul. Aku pertama kali kot apply nak buat passport. Haha.

Mini UTC Sentul letaknya di Bandar Baru Sentul. Antara landmark dia adalah Flat seri Perak, Masjid Amru ibni al-as, Menara Orkid, cyber cafe Orange dan byk la lagi. 

Hari2 aku pergi UTC Sentul. Tp x pernah singgah imigresen situ. Yang aku tau kena dtg pagi2 sebelum opis buka. Sbb org da beratur panjang. Aku cari pasal haritu sbb dtg jam 12 tgh hari. Nasib baik nombor giliran masih ada lagi. Aku ada program fun run pagi tu. Oh ye, tingkat 1, belah kiri korang jika naik eskalator. Juga belah kiri kalau naik lif.

Kawan2 aku bg tau, imigresen UTC Sentul antara yg memberi servis yg paling cepat. Tp aku rasa nasib aku x baik haritu. Org ramai.

Sbb aku pertama kali dtg aku x nampak kaunter utk ambil nombor yg papan tanda dia sikit punya besar. Elok je kat depan tu. No giliran tu pegawai imigresen yg bagi ikut kriteria kita; pertama kali, renewal, warga emas dan kanak2. Sbb ada kaunter khas.


Masa ambil no.giliran, pegawai tersebut meminta ic utk disemak dan mengarahkan kita buat satu salinan ic. Ada mesin potostat berbayar kat sudut belakang imigresen tu. Siap ngan servis amek gambar kalo tanak gamba passport diambil pakai kamera kat kaunter. Sila ukur tinggi anda juga.

Maka mula lah sesi menunggu dgn sabar siap balik umah solat dulu dan dtg balik still nombor belom dipanggil. Wawawawa. Sabar je aku tgok pegawai2 diorang. Kaunter semua buka. Sila jgn buat fitnah. Pergh..non stop. Rasanya kalau tulisan diorang hodoh pon ini da jd rasional.

Tiba giliran aku; pegawai akan amek ic. Scan ibu jari kiri dan kanan. Cop ibu jari sikit. Amek gambau. Snap!. Make sure tudung kaler gelap. Pastu kalau dahi sempit mcm aku elok la pakai bawal..sbb dia nk kasi nampak full muka, kening jgn tertutup. Mmg da mcm bulan la gambar passport aku tu. Hahahahhaha.

Tinggi, umur dan no.telefon antara maklumat yg diminta.
Ic kita pegawai pegang sehingga nama dipanggil utk proceed ke kaunter bayaran. Utk pertama kali rm200 bayaran yg dikenakan. Tiada caj tambahan utk gamba bulan. Eh. Maklumat lanjut boleh rujuk portal imigresen.

Lepas bayar, tunggu nombor dipanggil utk ke kaunter serahan. Selalunya 1 jam selepas bayaran. Aku setel agak cepat selepas bayaran. Yg lambat tu dekat kaunter penerimaan. Ada 7 kaunter penerimaan. Semua buka. Betapa hari tu ramai org.

Ada juga yg x dpt nombor giliran. Ada yg tak puas hati sbb bg mereka if kaunter still jalan, no.giliran patot jalan sekali. Hahaha. Itu agak kurang rasional. Agak2 pukul berapa la pegawai2 tu jumpa anak bini, jumpa nasi, jumpa tandas kalau hidup semata-mata nak puaskan hati orang. Sbb tu ada rules and regulations. Bind to it. Yep. They're work for human. But they are human too.

Yey. Buku merah dah siap. 
Thinking of bawa diri. Bawa hati.

Kenapa? Well, my mother passed away a week ago. Broken hearted people tend to do idiot things i guess. Al fatihah.