Thursday 21 January 2016

review buku: PATUNG

tajuk : PATUNG
penulis : MUHAMMAD FATRIM
penerbit : FIXI

buku ini antara yang x bosan bila dibaca.
genre thriller.
ada ala2 the chucky ataupun annabelle. patung berhantu. tapi masalah problemnya aku tak pernah tgok citer chucky mahupun annabelle. tak kuasa nak layan rasa takut.hahaha

cerita tentang orked, seorang jururawat ( waaaa...) yang mewarisi banglo besar yang selalu diselubungi wangi-wangian misteri.
orked sebatang kara. ahli keluarga semua da meninggal. tinggal seketui anak patung yang bernama melur dan juga pembantu rumah aspalela je.

plot twist dia bila orkid bukan orkid yang sebenar, haa...x leh citer byk2.

menarik. penulis buat aku tak berhenti membaca dari jam 12 malam sampai 4 pagi. beliau buat aku teruja nak tahu. cerita ni tak seram mana pun. tapi best jugak la.

Wednesday 20 January 2016

review buku ; LARI

tajuk ; LARI
penulis : MIM JAMIL
penerbit :  FIXI


kadang2 aku rasa aku da terlalu tua utk baca buku genre mcm ni. no longer able to relate. hahaha
but then, i've read them anyway. sudah 64 minggu beli tapi baru baca. 

lari adalah cerita tentang budak 13 tahun yg naif yg kena melalui situasi hidup yang x semudah anak2 lain. jiwa yang tercalar di rumah juga tercabar di asrama. tapi sbb dia naif, dia merelakan saja.

plot twist dia adalah kaitan antara watak2 dalam cerita. haha. pening mak baca.
tapi baca jugak sbb nak paham. 

best quote dlm buku ini adalah dr uncle ramesh

" there are things you need to learn in life, son. not everything that you own in this world will always be yours" 

Saturday 16 January 2016

review buku: REHABILITASI

REHABILITASI .
buku ke2 penulisan faiz ibrahim selepas REINKARNASI
sebagus reinkarnasi. tapi aku lagi suka reinkarnasi. reinkarnasi cerita orang jatuh. rehabilitasi cerita orang yg cuba bangkit.

penulisan yang banyak berkisar tentang perasaan. aku suka.

tajuk ; REHABILITASI
penulis ; FAIZ IBRAHIM
penerbit : THE BOOKU


masih kekal dgn genre yang sama. byk monolog, quote motivasi. cerita peribadi, juga puisi moden.

apa yang aku suka: aku suka yang tajuk 'suka-suka' dan 'menyalahkan'.
walaupun aku tak rasa penulis ni 'orang lama' tapi dia menulis mcm umor dia da 30 lebih je siap sebut '' aku orang lama ".

paling menarik : catatan peribadi. dari cerita gagal dalam perniagaan, cuba bangkit, buat buku..tapi tak ada orang sudi terbitkan mahupun sudi cetakkan.

cerita orang jatuh yang bangkit. anak2 muda yang sedang alami fasa jatuh, boleh baca ni utk motivasi. aku baca supaya aku ada idea utk nasihat adik2 aku.haha

aku percaya semua orang akan alami fasa depresi. jatuh .
kekuatan utk bangkit tu. tuhan saja yang tahu.

rm20 di MPH dan POPULAR. dulu mungkin susah nak jumpa. sekarang dekat rak bestseller. waw.

Saturday 9 January 2016

review buku : SPERMA CINTA

aku tak tahu kenapa tajuk buku ni sangat sengal. yer.. bila aku baca di tempat awam, orang2 tua pandang aku dengan semacam.

tapi...hahahaha. buku ni sangat la kelaka.

tajuk : SPERMA CINTA
penulis : AISA LINGLUNG
penerbit :LEJEN PRESS


Aku tak ingat dah mana aku letak buku ni. aku rasa ada orang pinjam tak pulangkan. hahaha. biasa la tu. aku banyak sangat buku. kadang2 aku lupa aku letak mana.

buku ni memang super kelakar. cerita serius tapi kelakar. cerita berkenaan pengalaman hidup penulis. eh, memang kelakar je la senang cerita. dari kecik sampai besar.

tade langsung unsur yang ada kaitan dengan hal2 yang tak senonoh. tajuk je boleh buat orang salah paham. try la baca, boleh kurangkan stress. 

review buku : PERJALANAN

buku fixi ni, bila baca kena open-minded sikit. selain bahasa kasar,pasar dan mencarut,dia juga bawa kita berfikir dari sudut orang lain. misalnya trangender.

buku tajuk perjalanan ni pun da lama da aku baca. yang ni memang lain sikit dari jenis2 buku yang aku baca. sebab dia bawa kita utk selami kehendak dan impian seorang transgender. maka kalau nak baca, baca sahaja dengan minda terbuka, iman kukuh terpasak dalam dada. dan jangan judgemental.

tajuk : PERJALANAN
penulis : REGINA IBRAHIM
penerbit : FIXI


aku pun tak pernah cuba utk fikir perasaan songsang dalam diri seorang transgender. sebab aku di didik jelas untuk bezakan hitam dan putih. tiada tengah2. halal dan haram itu jelas.

dalam buku ni, penulis akan bawa kita utk fikir dari sudut golongan transgender ni. memang suprisingly awkward. sebab dia bawa pembaca selami perubahan seorang lelaki kepada perempuan dari hormonal ke surgikal. yepp. awkward. sick and painful. physically and mentally.

apa yg hati mereka damba adalah kadang2 sama dengan wanita normal. cuma mereka bukan normal. mereka yg tewas dengan desakan emosi. mereka x pernah minta. dan mereka pilih apa yang hati mereka minta. walaupun salah dan berdosa.

membaca dari sudut lain. luar biasa lain. 

review buku : ASRAMA

ini lagi satu buku cerita horror yang aku baca da lama da. tapi kalau kawan2 nak pinjam ,buku ini antara buku yang aku selalu bagi diorang pinjam.

tajuk ; ASRAMA
penulis ; MUHAMMAD FATRIM
penerbit : FIXI


seperti tajuk dia, cerita dia pun berkisar tang situ la. tapi, agak ok la. sebab dia ada twist of the story. 

jalan cerita dia penuh dengan teka teki tekuk. dan penghujung cerita...kau kena tipu. hahaha.

tapi best jugak lah utk di baca. mcm2 la kau akan sangka sepanjang membaca. tapi yang tak sangka tu yang best tu.

mula dgn budak ni masuk asrama ni, tapi kawan2 dia pelik..pastu guard pon pelik..pastu semua la sebenarnya pelik. hantu betul. haha

review buku : KACAU

Buku yang ni pun dah lama aku baca. setahun lebih lepas.mungkin. haha
kalau kawan2 nak pinjam buku cerita horror dan hantu selalunya buku ini lah yang aku selalu sarankan.

buku terbitan fixi, karya ariff adly.

tajuk ; KACAU
penulis ; ARIFF ADLY
penerbit : FIXI

macam mana nak cakap yer.. baca buku ni, kau pastikan kau bukan dok sorang2 ye. sebab penulis berjaya buat jiwa kau rasa kacau. hahaha. seram weh.

memang rasa diperhati. dasyat dia punya penulisan sebab berjaya masuk dalam jiwa kau dan menipu kau dengan perasaan sendiri.hehe

penggemar horror harus la baca. disarankan. org yg tak berapa berani boleh juga nak baca. mohon berteman la yer. hahaha.

cerita dia awalnya kau rasa mcm..alah...kena kacau sebab main spirit bagai je..tp, there's another untold story behind. yg bila last baru kau akan paham. gitu~



Friday 8 January 2016

review buku : TERTULIS DI BINTANG-BINTANG

Aku pelik juga. Seharusnya jika di alih bahasa ' tertulis di bintang-bintang ' ke bahasa Inggeris ia akan jadi ' written in the stars'. 

sebab itu aku tak sangka, buku ni adalah alih bahasa dari karya John Green  yang bertajuk 'The Fault In Our Stars' yang masa aku baca buku ni- dalam 2 tahun lepas- adaptasi novel ni tengah ditayangkan di panggung wayang.

tajuk : TERTULIS DI BINTANG-BINTANG
penulis : JOHN GREEN
penerbit : FIXI


walaupun bila di alih bahasa, ayat nya jadi kelakar yang kadang2 sendiri rasa nak tergelak tapi rempah ratus cerita ini adalah sedih.

seperti yang ditengok kat filem tu, cerita ini berkaitan dengan cancer survivor dan so on and so forth. boleh pergi tgok movie tu sendiri. hahaha.

cerita ni sedih. hujung dia sedih. baca novel ni boleh buat kau menangis berbanding tgok movie dia. bak kata hazel cerita dia bukan 'sugar-coated'

aku suka ketiga3 versi cerita ini. inggeris, alih bahasa dan filem. 



review buku : MOMEN2 MAT LUTHFI

hujung tahun 2015, aku beli buku mat luthfi lagi. tajuk momen2 mat luthfi. masa aku beli buku ni aku tengah kalut nak preksa final semester. tapi sebab aku stress byk tanggungjawab kat tempat keje tambah pulak tanggungjawab sebagai pelajar aku jadi serabut.

jadi aku cari jalan keluar - ke kedai buku : syurga jiwa bagi aku - 
freeze the moment. for a while. biar minda aku ni buat kerja bukan kerana terpaksa.biar kerana suka. haha. mengada.

jadi aku beli buku ni. sebab aku rasa aku perlu dos humor. antidot stress aku.

tajuk : MOMEN2 MAT LUTHFI
penulis : MAT LUTHFI
penerbit : PUTEH PRESS


Berbanding dengan buku yang tajuk Catatan Mat Luthfi sebelum ini, buku ni setiap catatannya lebih panjang. Seperti Mat Luthfi tengah bercerita pengalaman dia. Dalam buku yang sebelum ni, Mat cuma buat catatan ringkas, tapi kali ni beliau buat catatan dengan lebih detail sikit.

Masih merupakan bahan bacaan dengan unsur humor. Cerita pasal kucing dia tu dah buat aku tergelak. Tambah pulak cerita orang mabuk beli murtabak. Memang sarkastik yang kelakar. Tapi, nilai moral yang cuba disampaikan tu...priceless.

Di MPH Nu Sentral harga buku ni rm25.00. Aku rasa masa pesta buku nanti mesti harga dia ada diskaun. hehe. 

But if you're a fan of this young man and his writings, you just need to have this book. 

review buku ; CATATAN MAT LUTHFI

sebenarnya da lama aku baca buku ni. da dekat setahun lepas mungkin. tapi dulu tade semangat nak buat review. hehehe. skang tgh ada mood ni.

tajuk : CATATAN MAT LUTHFI
penulis ; MAT LUTHFI
penerbit : PUTEH PRESS


untuk aku ingat balik benda yang aku baca setahun lepas agak susah tu. hehehe. tapi, aku ingat aku beli buku ni dengan akak warongway, si penjual buku underground. hehe. sebab masa tu payah nau nak cari buku ni kat kedai2 buku. asek abes je.

aku ingat isi kandungan buku yang tak berapa tebal ni merupakan himpunan status2 di blog atau fb mat luthfi sendiri. aku juga ingat aku baca sambil tergelak geli hati. hal2 serius yng disampaikan dengan sarkastik dan kelakar. kelakar memang kelebihan mat luthfi.

yang aku ingat lagi aku tak menyesal beli buku ni. hahaha. yang lain2 aku tak ingat da.

review buku : 365

pernah dengar nama dr.anwar fazal. yang tulis buku DIAGNOSIS tu. aku baru baca buku 365 beliau.
sakan aku pakai #tribulasi365 haha.

utk 365 hari tahun ni, kau akan ada 365 quote dari dr anwar fazal utk kau harung hari2 yang kau rasa sukar dalam hidup.

tapi aku abes baca dalam beberapa jam saja. quote je. lagi santai dan senang.

ini review aku.

tajuk :365
penulis : DR ANWAR FAZAL
penerbit : WHITE COAT


dalam ni semua quote. ada 365 quote. ada yg berulang. tapi dgn ayat yang berbeza. tapi tak apa, those quotes are beautiful words. still.

kualiti kertas yg dipakai utk buku ni - sangat baik. superb. patutla harga dia rm30.00 di MPH SACC mall. saiz comel : 3/4 dari saiz buku biasa. isi kandungan : quote yang banyak menjentik hati. keseluruhan isi bersifat motivasi dan kehambaan kepada Tuhan.

bacaan yang sgt santai. tribulasi 365 hari. tak rugi beli. nak buat hadiah utk org yang patah hati pon boleh pilih buku ni. bungkus cantik2 dan kasi.



review buku : REINKARNASI

well, it has been a while now.
lepas OSCE nanti, maka selesailah sem 3 kita.

tengah-tengah nak exam tu, aku sempatlah baca buku faiz ibrahim yang agak popular dalam facebook dan twitter ni. penulis muda yg berjiwa besar.
well, i have to say it is a good book to read.ni review dari sudut pandangan aku.

tajuk : REINKARNASI
penulis : FAIZ IBRAHIM
penerbit : THE BOOKU


nak kata puisi..bukan
ia lebih kepada monolog dalaman. sesuatu apa yg jiwa kau selalu bisikkan. soal hati dan jiwa ni tuan puan, rasa dia pada setiap orang tak sama. ada orang bila rebah, dia sapu debu dan bangkit sendiri, ada pula, langkah dia terhenti seketika kerana sakit utk bangkit. tapi akhirnya, pilihan yang ada cuma harus bangkit jua.

sesekali, bila kau tengah sakit bukan fizikal ni, bila ada kata2 semangat yang buat kau sedar sebenarnya bukan kau saja di duga begini, hati terasa lebih kental. seolah-olah rasa itu dikongsi. walaupun kau bukanlah orang yang suka berkongsi rasa dengan orang lain. ego.heh.

proses jatuh dan bangkit semula tu...sakit tuan, puan. setiap dari kita akan rasa. itu proses mendewasakan jiwa.

berbalik kepada buku ini: berharga rm 19.00 kat MPH Nu Sentral. ia bukan bacaan berat. santai. kena ngan jiwa yang tercalar. dia buat kau ingat bahawa ini cuma dugaan tuhan.