Friday 27 February 2015

review buku: BISIK

aku rasa nk quit..rasa nak quit...
hahaha...hari2 yg menduga iman dah ketuk balik pintu rumah saya..wuwuwu...seramm

apa2 pun jum layan review buku seterusnya. op kos dr feveret publisher sy : FIXI

TAJUK ; BISIK
PENULIS : SYAIHAN SHAFIQ
PENERBIT:FIXI



menceritakan Mikael yg berkira2 menyewa rumah baru dgn tuan rumah misteri beliau , nazzman (seorang pegawai bank) selepas kematian kawan serumahnya yg tergelincir dr balkoni. mula2 ingatkan baca buku cerita hantu. tp bukan. cuak gak sbb aku pon menyewa oii.

walaupun pada pertengahan cerita kita akan perasan ada benda tak berapa kena dgn kemisterian si nazzman nih. dan persoalan kenapa si mikael ni mengalami masalah ingatan. juga misteri kematian org terdekat si mikael ni. dan bahawasanya kematian2 mereka disengajakan dan mayat mereka dilupuskan entah di mana.

dah mcm cerita horror bunuh2 org putih kat panggung lak.

bole tahan jugak la. itu je la review.hehe

Sunday 15 February 2015

review buku : DIAGNOSIS 2

result final sem dah kuar...wehehu
musim santai dah abes.
sblm aku sibuk dgn kerja dan terhegeh-hegeh belaja ( maklumlah...bukan belasan tahun lagi dah )
aku buat review buku... yg sebenarnya personally utk test ketajaman sel2 otak aku
kali ini buku ini jadi pilihan.

TAJUK : DIAGNOSIS 2
PENULIS : PARA DOKTOR MALAYSIA HEHE~
PENERBIT : WHITECOAT



menghimpunkan cerita-cerita pendek yang dikutip dari pengalaman2 penulis ( yg jugak merupakan seorang doktor ) juga cerita fiksyen yg direka tapi bertemakan bidang pekerjaan kesihatan^^

beberapa orang doktor terlibat dalam menghasilkan buku ini. oleh itu, gaya penulisan jugak berbeza.
literalnya jika penulisnya seorang blogger, gaya penceritaan pun mcm blog. jika penulisnya islamik, gaya penulisannya islamik dan jika penulisnya merupakan pakar kardiologi maka penulisannya tidak lari jauh dari urusan kardiologi..hehehe

seronok.
mungkin sbb aku pekerja kesihatan, jadi aku x punya masalah utk memahami terma2 medikal.
tp seronok sebab kau dpt selami apa yg mereka rasa.

salah seorang penulis buku ini merupakan doktor kat tmpt aku keje. jadi, wa dpt sign dia.wehehu~

Sunday 8 February 2015

review buku: #CHENTA

maka selesailah proses membaca buku #chenta. =)
dan inilah review dr sudut pandangan aku.
jika mahu dr sudut pandangaan korang maka rajin2lah membaca buku. thehehehe~



TAJUK : #CHENTA
PENULIS : INCHE GABBANA
PENERBIT: HUD HUD MEDIA





dan inilah review buku tersebut;
literalnya spt mana tajuknya #chenta, buku ini menghimpunkan cerpen2 yang berkaitan cinta.
tapi cerita cinta dalam buku ini bukan bertujuan membawa pembaca utk tenggelam dalam impian dan angan-angan palsu cinta malah sebenarnya menjentik hati pembaca utk ingat kepada pencipta cinta yg sebenarnya.


merupakan bahan bacaan yg boleh dikira "clean reading"
walaupun x seindah penulisan bahruddin bekri ataupun sekelakar aisa linglung, sudah tentu penulis yg ini pun ada gaya penulisan sendiri.ok sekian bai~