Friday 3 April 2020

Life; hidup sedang diuji part 1

Lama tak buat entri. Sbb sibuk keje 12 jam. Sibuk jalan2. Sibuk makan2. Dan sibuk shopping sakan.

Tak. Tipu je.

JATUH SAKIT

sept-okt 2019 aritu aku balik vacation kat Malaysia. So, masa tu aku ada event run kat KL. Vacation pun 3 minggu je. Fizikalnya aku sihat je. Mental pun sihat. Hormonal je tak stabil. Sbb aku perasan period aku sikit, prolonged tapi tak berhenti. Pulekkkk.

Aku try buat appointment utk ultrasound dgn pusat kanser belakang IJN tu tp masa tu diorang fully booked. Jadi, aku random la pergi kat klinik swasta ni.

Was a bad experience anyway.

Sbb aku single, bukan tinggal kat KL, dtg sana sorang2 tak berteman...weih aku 33 kot.
Haih.

Ye. Buat ultrasound. Abdominal dan transrektal. Tp kena pushed dgn soalan 'awak dah pernah bersama ke belum?'...' cakap betul2 dan jgn tipu'.

Allahu. Aku bukan 13 waima 23. Aku da 33. Kejadah aku nk tipu. Jgn la hina dan downgrade aku camtuh sekali.

'Awak dtg dr kelantan? Sorang2?'

Kemon laa... aku da rentas multiple negara sorang2 bukan pd usia muda sgt pon. Aku keje kat KL sblm ni da 10 tahun kot.

Ye. Aku tahu tu soalan wajib o&g tp tak perlu desak aku mcm aku pendosa semata2 aku diam dan x melawan. Kecik hati tau.

Aku faham juga, anak2 muda kita kecik2 da ada sexual intercourse mestilah aku yg 33 ni diragui. Tp, aku dating pon tak pernah. Pai hati.
Utk org mcm aku, soalan dgn nada tu betul2 letakkan harga diri aku sama level dgn selipar dia.

Aku diminta untuk admit ke hospital utk prosedur trasvaginal scope & ultrasound. Yakni melalui vagina ler. Sbb nk exclude faktor cervical cancer. Kalo x cek tak tahu. Kalo ia kanser aku boleh mati kata doktor.
Ultrasound tunjuk aku punya rahim bengkak dan query fibroid.

Yalla. Sbb aku da kecik hati dgn doktor tu walopun aku still senyum masa tu. Aku pun went against medical advice.

Trauma bhai.

Few days after, aku fly semula ke Bahrain.

EPISOD ANEMIA, PENGSAN DAN MYOMECTOMY

Aku ambik masa sebulan utk recover mental aku dr trauma. Sedih tau. Hari2 nanges bila org tuduh kau bukan2.

Aku amek temujanji dgn pakar o&g BDF. Prof Abida.
So, lepas cerita semua, MRI arranged dan tarikh myomectomy diberi. Myomectomy ni macam pembedahan utk buang fibroid. Luka pembedahan dia sama mcm bersalin.

So, masa tu aku teruskan hidup mcm biasa sementara tunggu tarikh op.

Tapi bleeding yang sikit2 tp tak berhenti da start keluar byk2 mcm air paip yg pili dia x ketat. Juga byk ketul2 darah keluar.

Ok. Ini pelik. Tp utk fibroid mmg begitu la simptom dia.

Hal ni berterusan sampai december. Hemoglobin aku makin drop. Aku cepat penat. Cepat palpitation. Tapi, aku jenis buat tak tahu. Aku ok je.

Satu hari tu aku kerja day. Pagi tu mmg unusual bleeding la. Aku da bg tau Team Leader. Tp dia pon main amek mudah juga. Haaaa. Ok.
Masuk petang, aku da rasa lain. Volume bdn da kurang kot.

Masuk tandas mmg aku profusely bleeding despite aku amek byk ubat utk stop bleeding. Sbb dah rasa berpinar2 aku sempat bersihkan dulu tandas, keluar tandas sambil pegang dinding ( masa tu mata da start nak gelap ), nasib baik ada cleaner kat luar tandas tu, aku terus duduk kat kerusi berdekatan dan aku mintak dia panggil org lain. Then masa tu la, jantung aku rasa sakit sgt mcm ia berdegup x normal..lebih kpd squeezing, aku dah loss control over the body, bdn aku lembik jatuh dari kerusi, tp aku still nampak kawan2 aku dtg angkat aku.
If that was near death...aku takut.

Dipendekkan citer, aku dah kena hypovolumic shocked. Hb aku masa tu 9.1. So, x admit pun sbb gcs full lepas tu. Cuti 2 hari. Tambah dgn day off 3 hari.

Lepas balik dr cuti, muka mmg pucat tp aku rasa ok. Kerja cam biasa. Tgh hari pegi repeat HB...nah kau..6.9 je. Patut HR sikit2 naik sampai 130-160bpm.
Basically aku adalah orang sakit yg jaga orang sakit.

Kena admit. Tranfused 2 unit. Da la member aku derma darah dia. Ya rabbi, hutang nyawa beb. Paling tak boleh blah, kat vein darah masuk, kat uterus darah keep keluar. Naik la jugak hb esoknya nasib baik laaa.

Pastu sambung cuti lagi.

Kebetulan yg kelakarnya, aku ada plan nk travel buat umrah hujung minggu tu. So masa tu tiap2 malam berdoa ngan Tuhan agar aku diberi kesembuhan. Visa, hotel dan flight semua da siap ni.

Roster keluar tetiba aku kena keje sehari sblm travel. Eh hawau. Team leader aku hari tu suh aku pergi GP untuk amek sick leave. Malas betul la jalan. Penat tau.

Tp, aku pergi jugakla...masa tu perasan aku jalan perlahan pun jantung aku laju. Pai sana cek Hb..1st cek 5.8. Pastu repeat 6.1. Terus kena tahan. Babai travel. Aku travel pakai ambulans je dan admitted lagi sekali. Tranfused lagi 2 unit. Dia bg injection kat perut juga. Lepas tu bleeding slow2 berhenti.

Bila result MRI da keluar, doktor dah explen semua, surat utk readmission utk buat pembedahan diberi.

The good part is that; dpt reassurance dr dokto2 arab sini. Soalan dia sama, tp dia start dgn ' i'm sorry' ..'i know you're muslim, but you never did this...this ' gitu. So , bila aku jawab tak tu, khalas. Tu je. Dia x tanya banyak dah. Even ultrasound pon abdominal sahaja. Tak buat yg lain2 sbb ' she's not married'.

Aku rasa ramai je doktor baik kat malaysia pun. Cuma nasib aku je yg tak baik.
Sy tak marah. Tp sy kecik hati je. Sy tau tu semua tugas doktor. Sy dtg pon mlm dah. Entah belah siang tu dokto da kena handle org mcm mana entah.

Ok. Sambungan dia nanti. Pasal op dan post op. Dan semua hal tiba2 jadi kompleks dan sukar difahami bila kita cuba utk fahami.


Travel: selamat ulang tahun perantau~

What makes a traveller, travel far away from home.
Maybe, just maybe...

- a heart without a home
- a home that not welcome you home
- just looking for a little changes that would change of lots of things
- just want a better life
- just looking for the answer of our life

Or maybe

Everybody else does. So are we.

And for whatever the reason, we have chose this path. By being a traveller. Being a foreigner in a foreign land. And that taught us about life literally.

Selamat ulang tahun menjadi anak rantau!
Jauh bawa jiwa yang merajuk
merentasi sempadan negara negara asing dan lautan luas
Hanya untuk tahu
Tetaplah tanah itu
Dan jiwa-jiwa itu
Yang aku akan rindu.

Akan tiba waktu untuk kembali.
InsyaAllah. Nanti saya pulang. Berbudi di tanah sendiri. Masih perlu masa belajar berdikari. Dan kenal diri sendiri.

Jadi anak rantau ni, asasnya hati kena kuat.
Akan berlaku banyak drama melankolik
Sebab kita semua manusia dengan emosi

Benda pertama orang nampak bila kau kerja di luar negara adalah duit
Walaupun kau tak dapat gaji lagi
Kau akan nampak mcm orang kaya
Hahahahahahaha..sangat tipikal
Cincin yang selama ini tersarung di jari tiada siapa pun peduli
Tapi sejak ada kat luar negeri, cincin lama pun shining

Itu yang bila nawaitu nak bersedekah tu orang nampak kita nak menunjuk2
Padahal wallahi, kita cuma nak tolong.

Papepun..yey.