Saturday 28 January 2017

Review buku : GARAM

GARAM by Ruwi Meita
Terbitan: Fixi

Beberapa hari lepas byk terbaca buku yg x seronok utk dibaca. Tp baca juga sbb alang2 dah beli. Akhirnya dpt juga baca buku yg best. Pheww. Haha.

Baca buku ni aku asyik ingat 'krempet rebus' je. Katanya sejenis carutan. Haha.
Buku dr penulis seberang. Genre thriller.

Sinopsis lebih kurang seorang inspektor polis nama Kiri Lemari yg ditugaskan utk menyiasat kes pembunuhan bersiri yg ciri2 kematian menunjukkan mangsa dijadikan patung garam.

Mcm ala2 detektif conan gak arr. Mmg x bosan. X berat juga.

Disebabkan baca time waktu tido..aku pon tertido sekali ngan buku ni. Buku da terpeleot. X bole nk jual balik. Susut harga.

Saturday 21 January 2017

Review buku : Wanita Songsang


Wanita Songsang
By Sharifah, Hajjar, Sabrina
Kopi press.

Sebelum aku sibuk dgn Final Year Project, kerja aku adalah godek2 rak buku cari mana2 buku yg x terbaca lagi.

Jumpa ni.

Aku pon tatau mcm mana boleh ter-ambil beli buku ni. Mesti kes 5 buku rm50 kat mana2 pesta buku ni. Hahaha. Main rembat je.

But the inside story is actually not what it's look like.

Aku baru fikir...ni cerita transgender meh?

Buku ini bukan cerita ttg transgender.
Tetapi lebih kepada perihal wanita2 yg perjuangkan hak sama rata dgn menjadikan agama sbg kambing hitam.

Mula2 baca..eh..mcm ekstrimis agama.
Pastu keep baca lagi.
Pastu faham dan hadam isu2 yg cuba disampaikan.

Bila fikir balik...yup..benda ni wujud. Golongan2 feminis yg mahu hak sama rata. Termasuk nak jadi imam. Ingat x kes kat luar negara tu...
Byk kes2 pelik yg pernah jd kat negara kita ni yg isu dia mcm dilupakan..diceritakan dlm buku ni.

Mcm dgr usrah dr akak2 senior yg garang. Hahaha.

Penulis dia mesti byk baca research study, baca artikel, join usrah dan pegi dgr ceramah. Eh kita tau la org belajar research cara dia menulis cane.

Wednesday 18 January 2017

Review buku : Chicken Soup For The Soul; Cipta Kebahagiaan Kita


Chicken Soup For The Soul; Cipta Kebahagiaan Kita by Jack Canfield, Mark Victor Hansen dan Amy Newmark.

Hari tu kat Aeon Setiawangsa ada jual buku murah2. Sampai 50%. Aku mmg pantang lau buku murah. Pantang tengok. Jadi aku beli.

Buku sup ayam utk jiwa ni mmg semua org tau la dia kumpulkan cerita2 dari pengalaman hidup org lain sbg panduan dan motivasi.

Cuma aku beli ni versi bahasa melayu. Tp aku perasan buku terjemahan bahasa inggeris ke bahasa melayu sgt.....kelaka la jugak terjemahan dia. Mcm ikut skema dictionary gitu. Kelaka la skit. Tp maksud x lari.

Dlm tepon ada apps goodreads utk log buku yg dah baca, sdg baca dan mau baca. Tp x pandai pakai lagi la. X pe. Log kat sini je dlu. Ni pon utk aku baca je. Hahahaha. Buat diari buku online.

Monday 16 January 2017

Review buku: Anthem

Anthem by Hlovate

Dulu2 suka baca penulisan hlovate. Beliau selalu muncul dgn kata2 gabungan medic-literature yg waaah..mcm mana dia ble fikir gitu..

"Enjoying heart attack on a plate"
"Mcm pelangi kena steroid"

Gila pelangi pon ble kena steroid..ahahaha

Tp x pernah dpt baca buku2 dia sbb tatau mcm mana nk dptkan kat pasaran. Skang da pandai da. Buku2 yg payah nk dpt pon bole mintak tolong penjual buku underground yg carikan.

Anthem. Aku beli online. Buku preloved. Dgn condition yg sgt baik pd harga 10 inggit.

Mula2 ingat da salah beli genre buku. Starting dia ngan zaman remaja yg rebel kot. Tp da masuk tgh tu...oh..x salah pilih.

Cerita tentang 3rd culture kid. Anak melayu yg dibesarkan di merata2 tempat. Westernized. Dihantar balik ke malaysia utk dimelayukan. Fasa silam yg rebel. Fasa mengubah diri jadi lebih baik tu yg best tu.
Belajar agama dari mula x kisah pada umur berapa waktu bermula.

Buku ni ada 3 fasa. Ehee. Semua ada cerita ttg Dash dan Lee. Of course la watak utama kan. Ok. Rasa nk jatuh cinta lagi sekali lak. Hahaha.

Past never define us.

'Everybody has a past. Everybody lives a present. And everybody deserves a future'

'In the words of a lone traveller ; life is a long road with no visible end'

Penulis jugak buat aku bukak youtube cari lagu dari filem 'Andaaz 1971'... zindagi ek safar...

Aku pon x pernah tau lagu yg begitu catchy itu diselitkan cerita berkenaan mati dalam liriknya.


Thursday 12 January 2017

Review buku: Reflection of A Man


Reflection Of A Man by Mr Amari Soul

Buku ni salah satu buku kegemaran aku. Pun genre monolog/poem/motivation gak. Dah aku mmg minat yg gini. Of course aku akan bias terhadap buku2 genre lain. Hahaha

Buku ni aku beli kat mph nu central. Dlm 70 lebih la harga dia masa tu. Mahal tp x adalah semahal buku mind platter. Standard harga buku non local.

Kalau google nama mr amari soul akan keluar lah petikan2 quotes dan kata2 motivasi dari buku reflection of a man ni.

Especially utk org yg patah hatinya.
Aku beli buku ni utk adik aku masa dia putus cinta dulu..hahaha. ko ingat senang ke nk motivate org yg kecewa. Ko kena dgr masalah dia yg sama berulang kali sehingga dia tanak sebut lagi. Kau jadi je pendengar. Sbb org yg x bermotivasi utk move on boleh kena depresi tau. Dan x semua manusia ni jenis outspoken dan boleh terima kritikan dgn rileks.

Hentikan gejala buli. Eh~tade kaitan.

Kalo2 seiring dan seirama ngan aku..weii buku ni best utk dibaca~

Review buku: Mind Platter

Mind Platter by Najwa Zebian

Aku beli buku ni tahun lepas. Mahal la jugak harga dia kat Malaysia ni. Sbb bukan buku dari penulis lokal. Tapi kalau sudah berkehendak tu...beli lah jugak.

Aku beli masa tu sbb emosi aku tgh x baik. Jadi aku selalu follow ig yg byk quotes2 yg memberi motivasi. Dari situ kenal penulis bernama najwa zebian ni.

Lagipun buku2 genre monolog dan puisi mmg aku gemar. Nak2 yg motivate org dr pengalaman sendiri.

Like a band-aid to a shattered soul.

No, reading this book won't fix your issues
But for some reason, you'll feel better.

Itulah dia..ada sesetengah org tuhan anugerahkan dia dgn kebolehan menulis dan menyusun kata2.


Review buku: Peribadi


Tajuk : Peribadi
Penulis: Hamka
Penerbit: PTS

Bila aku baca buku tulisan org lama yg byk pengalaman baru aku rasa muda balik. Hahaha.

Buku ni nipis je. Tapi sgt kompleks. It take hours to complete.

Boleh nampak beza org yg luas pengetahuan dan byk pengalaman dan luas pergaulan.

Bukan novel dan bukan buku cerita. Melainkan perihal tentang keunggulan peribadi. Contoh2 manusia berperibadi tinggi dlm sejarah dan politik.

Juga ada puisi Rudyard Kippling 'if' dlm versi bahasa melayu.

Sy tak tahu teori lama karekter manusia terbahagi kepada 4; sanguine, choleric, phlegmatig dan melancholic. Haha. Sekarang sy tau. Tp x paham. Hahaha.

"Bebanmu akan berat.
Jiwamu harus kuat.
Tetapi aku percaya langkahmu akan jaya.
Kuatkan peribadimu," - hamka

K. Dah maghrib. Bai.

Wednesday 11 January 2017

Review buku: Semusim di Barzakh


Tajuk : semusim di barzakh
Penulis: Hadi Fayyadh
Penerbit:......err panjang sgt....haha

Aku beli buku ni sbb kulit depan dia. Lawa.

Sinopsis dia lebih kurang travelog org koma. Sbb actually bila koma kita tatau ke mana jiwa kita pergi.

Sedangkan kalau pesakit tgh VT/VF pon diorang boleh lupa diorang struggle sampai tendang2 org. Kdg2 tak tahu..masa ajal menjemput tu dia boleh dgr x kita bisik syahadah kat telinga dia. Eh cerita pasal pesakit kita plak.

Buku ni dia gabungkan novel thriller ngan dos islamik. Mula2 beli ingat buku ilmiah islamik..eh novel rupanya.

Otak aku da mcm travel ke alam2 pelik baca buku ni. Permulaan slow sikit. Tgh dan penyudah cerita aku suka. Tp penyudah tu yg paling kita suka.

Keseluruhan. A good book to read. Rasanya org muda mudi lagi bagus baca sbb imaginasi diorang lebih liar. Jd boleh sedarkan diri tu sket. Haha. K. Nk baca buku lain plak.

Tuesday 10 January 2017

Review buku: Tunangku Tidak Tampan

Kalau gemar online, nama abang bikai mmg familiar sbg penulis cerpen2, quote2 dan cerita2 online.

Semasa awal keluaran buku ni..aku tak ada la rasa nak beli. Sbb tajuk buku yg poyo. Harga yg mahal. Dan tebal. X kuasalah nak baca novel tebal dan berbaur cinta. Ta kuase tau~

Yg jadi sbb utk aku beli pon kerana buku beliau tajuk pak imam chapter 1 tu. Aku mmg prefer buku yg byk pengisian utk rohani dlm bentuk yg santai. Tambahan pula buku 3T ni pernah diplagiat. Jadi, pd hemat aku..buku ni pun pasti sebagus buku 'pak imam'. Buat assignment universiti pon kalo byk plagiat kene rejek kot. Jgn memain dgn intellectual property.

Bak kata penulis " usah dihakimi tajuk yg bangang, lalu isinya dicampak bertaburan. Jangan ".


Tajuk : 3T: Tunangku Tidak Tampan
Penulis: Muahammad Rusydi
Penerbit: rusydee art

Sinopsis buku adalah lebih kurang kepada pelajar bermasalah yg belajar mengenal tuhan. Mencari syurga. 

Aku suka bila penulis ubah environment; dari sekolah ke hospital ke penjara ke kandang mahkamah. Amusing. Mesti byk membaca atau tgok tv sbb boleh gambarkan suasana.hahaha.

Tp aku skip baca dan baca lebih kurang je part watak utama bermimpi sampai ke masa depan dan part mimpi jd mujahidin tu. Cerita berbingkai yg ekstrem kurang toleransi sikit ngan aku. Kemonn..aku da tua kot.

Spt buku pak imam, petikan2 hadis, tafsir al quran dan nasihat2 disampaikan dgn baik dan santai. 

Byk part yg ingatkan kau ttg mati. Boleh menangis baca. 

Rational tajuk buku ni ada kat hujung cerita. Pon boleh....

Pendek kata..berbaloi juga utk dibeli. Sekian. 

Sunday 8 January 2017

Review buku: ENAK


Tajuk: Enak
Penulis: Nuril Basri
Penerbit: fixi

Hobi aku pada hari2 off adalah duduk kedai makan sorang2 dan baca buku. Time gaji boleh lah aku duduk kat kedai2 kopi mahal yg kopi dia benar2 kopi dan suasana dia lebih aman. Tapi sbb aku selalu off time orang lain kerja jadi selalunya kedai2 makan dalam mall2 mmg selalu aman.
Dulu2 mmg x biasa gerak sorang2 tapi by time bila kau kehilangan companion satu demi satu sbb pertambahan usia dan tanggungjawab..tidak lah kau akan kisah lagi semua tu. Duhh..

Aku tak ingat pon sinopsis cerita ni. Tp mcm lebih kurang cerita dari seberang. Ratu yg semakin bertambah usia yg tidak percaya akan bertemu cinta. Bertemu dgn hans. Cinta sepenuh hati. Tapi hans..kahwin dgn org lain. Kecewa yg membawa kpd perkahwinan Ratu dgn Inugraha.

Melayan inugraha dgn kasar dan entah bila dia jatuh hati pada sabarnya inu. Cliche kan. Tp plot twist dia kat hujung cerita. Demmit. Hahaha.

Tapi seronok utk dibaca.
Ok bias. Sbb tu dari sudut pandangan aku je.sekian.

Review buku: COMEY





Tajuk: comey
Penulis: Noor Azlin & Noor Farahida
Penerbit: fixi

Kawan aku nak pinjam buku. Aku syorkan dia baca buku ni.

Dah lama dah baca. Dah lupa pun sinopsis dia. Haha. Tp yg aku tau aku baca within 24h.

80% kelantanese dialect inside. Cerita tentang mek berlima.

Susur galur yg terperangkap dgn ilmu hitam utk kekal comey.

Plot twist dia....surprise!!

Aku kelantanese..aku tak ada masalah baca buku ni.

Review buku : ABG BIKAI'S: PAK IMAM. chapter 1.

             


Tajuk: Abg Bikai's:PAK IMAM,chapter 1
Penulis: Muhammad Rusydi
Penerbit: Rusydee artz

Mcm dah lama x dtg sini. Sibuk kerja. Sibuk dgn final year project. Sbg org tua yg kerja sambil belajar...aku rasa subjek2 tahun akhir ni sgt berat utk dibawa. Seperti subjek entrepreneurship. Gila apa misi kena belajar bisnes. Haha. Tapi at least aku tau makna intellectual property.

Semasa penulis hasilkan buku pertama beliau...tajuk tunangku tak tampan, aku tak adalah rasa nak beli. Sbb tajuk dia sgt ..emm poyo. Mahal lak tu. Nyampah.

Tp buku kedua beliau yg ni aku terbeli sbb terpedaya dgn quote2 dan petikan2 novel yg menjentik hati.

Literalnya membaca buku ni, seolah2 baca komik. Yg nasihat2 beliau bawa dgn humor. Tak mcm sesetengah novel islamik yg ber 'ana' 'anta'. Tade.

Sbb buku ni lah. Aku pi oder buku 3T.

Utk org yg rasa hidupnya kosong. Sendiri. Dan sedang mencari diri.

X sabar tunggu chapter 2.

Sinopsis dia lebih kurang seorang pemuda yg patah hatinya dijemput pak imam bertapa di surau. Diajar juga kpd pemuda berkenaan bisnes menjual tembikai selain belajar ilmu2 agama.

Itu x penting. Yg penting pengisiannya. Apa yg dia dapat dari pertapaannya di surau. P la beli. Hahaha. Nah sedikit petikan;

" kau kena jadi pemuda yg tabah. Hidup ini selain penat hanyalah lelah,"- pak imam