Saturday 6 October 2018

travel; life in bahrain utk 3 bulan pertama. ok je.

aku kerap terima soalan berkenaan ok atau tak merantau ke bahrain.
awal2 mmg aku selalu buat donno dgn soalan ni. sbb ye arr, weh...kurang rasional kat situ. 
even kalau aku jawab pun, mmg emosi akan pengaruhi jawapan. haha

jujur, 2 bulan pertama akan jadi masa yg unusually difficult and hard to go through.
sbb kau akan balik ke zero.
yg buat kau homesick adalah jika you're missing the person or the or place or both.
lepas fasa tu insyaallah: survived.

apa yg aku faham utk 3 bulan pertama ni.
pertama; makanan lokal sini; spices, milky and cheesy and too sweet. kau akan rindu nasi lemak sgt2. sini x makan sos cili. fries makan ngan sos tomato..yihh tade kick. western food ke..asian food ke..dia dah sesuaikan dgn local taste buds.
kedua; betapa terer inggeris kau pun, kau kena downgred utk satu level dgn diorang
ketiga; kau akan alami kesukaran utk berkomunikasi sbb kau x faham accent diorang 
keempat; prosedur, cara kerja, work instruction..kita lagi maju. tp teknologi diorang baik.
kelima: kalo convert mata wang, mahal sungguh brg2 sini. tp apa guna gaji tinggi kalo kdekut.
keenam: alaaa..kecik je rupanya bahrain. round2 da abes round. mall bapak besau, tp sekecik2 mall kat malaysia...rasanya mall malaysia lagi variety. by the way, weekend kat sini akan penuh dgn warga saudi dtg berlibur.
ketujuh: lepas dpt kad CPR, kau da bleh tukar lesen memandu. sbb malaysian x yah test drive balik utk dpt lesen memandu kat bahrain which laku kat kebanyakan negara. terima kasih utk sistem jalan raya malaysia yg cemerlang itu. haipp..trafik jammed tu normal ok.
kelapan: insyaallah lepas 3 bulan, kau akan biasa dgn segala yg kau rasa susah pd awalnya.
kesembilan : laut diorang tade ombak
kesepuluh; tambah arr sendiri

soalan seterusnya, kerja mana lagi best. bahrain ke malaysia? lol
aku kira benda ni relatif kot.
ia bergantung kat diri kau sendiri juga.
contoh dulu kau kerja environment mcm mana. bizi ke x? kerja tu kau buat ke sekadar duduk dan arah org buat saja ke x? atau dlu kerja chill2 je.
the answer will be different according to your experience
btw, sapa nak bagi gaji besar2 tp x yah buat kerja. berangan x sudah tu oii.haha

aku lari dr tempat kerja yg aku syg tu sbb aku merajuk. buuuu.
masa tu aku rasa dah tak boleh dah nk terima pembulian mental. hahaha
kau kena ingat, baik harus berpada2. sbb manusia ni mcm ni la. suka amek kesempatan
masa tu aku fikir, dapat mana2 pun x apa selain sini. kebetulan offer bahrain sampai, aku iyakan sahaja. x fikir panjang pun. tp aku syg kot tempat tu. selesa.

banyak benda aku belajar dari merantau ni
belajar tentang budaya orang dan menghormatinya
belajar selain dari apa yg aku biasa
meruntuhkan ego aku sebagai manusia
menghilangkan sifat sombong yg membaja sbb terlalu lama dlm 'zon selesa'
bila kau jauh dari semua, kau akan lebih dekat dgn Dia maha pencipta.

kawan2 yg bakal menyusul, semoga kuat. kita semua dr latar belakang berbeza. satu pendapat tak akan dapat mewakili semua rasa. 
hal2 mcm ni mmg akan ada pro dan kontra nya.
masalah akan timbul tp jgn risau, mesti ada jalan keluarnya.
bersedia menghadapi tak sama rasanya dgn menghadapi.

prosesnya sama. kau akan sakit. letih. kecewa. 
ia akan rasa berganda sbb sini kau x punya siapa2.
but we're just take it to another level
org kata, alang2 nak sakit dan susah, biar berbaloi. haha.

k baii. kalau rajin aku update lagi.