Sunday 22 July 2018

Travel: Jalan2 dari downtown Manama ke The Avenues, Bahrain

Assalamualaikum.
Sudah 22 hari di Bahrain. Sudah mula boleh tangkap dan cerna 'accent' orang sini bercakap. Minggu pertama aku agak 'lost'. Dan sebab aku tak faham itu lah aku 'reply' dalam bahasa melayu saja semua soalan2 diorang. Hahaha.

Orang sini kebanyakannya mmg boleh berbahasa inggeris. Cuma segelintir kecil saja tak boleh berbahasa inggeris.

Pak arab dan mak arab kat sini muka diorang ada gabungan arab-india-african-caucasian-asian. Mcm mixed sgt kau.
Ramai ekspatriat2 dtg berhijrah kat sini. Org India dan filipina adalah wajah2 yg familiar kat sini. Muka2 melayu selalunya dari indonesia dan org kita lah. Tp bilangan yg kecil. Ada juga org dr cape town, rambut ketak2..tp muka melayu sgt. Teringat artikel 'melayu di cape town'. Hahaha. Comel.

Bahrain ni negara kecil. Tapi byk sgt mall. Dekat hospital BDF tu pun ada mall. Selalu aku pergi Lulu Hypermarket je. Dekat. Kali ni member bawak jalan2 ke downtown kota manama. Cari makan. Dan merayap.

Kat kawasan downtown manama ni siang nampak biasa. Tp malam dia mmg hidup. Ramai org. Ada byk juga pilihan kedai makan utk selera org asia yg jadikan nasi sebagai makanan ruji. Ada kedai nasi padang. Oii ayam penyet..sedap lak bila fikir. Tp kitorang pergi makan kat kedai Thai. Sedap arr. Harga ok la.. 15BD utk 3 org makan. Lain kali singgah kedai depan dia lak. Try nasi padang!


Memang la tak boleh lawan suraya seafood kampung baru tu. Tp sedap la jugak. Rindu tau.

Kiranya, ni kali ke 2 aku makan kat sini.
Nah gamba makanan
Ni sedap.

Aku tatau nape aku snap gamba ni

Manis. Tp org sini suka manis.

Ciken rice shop punya lagi sedap

Essence of eating thai food. Tom yam.

Pastu kitorang amek bahrain taxi yg pakai apps macam grab tu ke The Avenues.

Mall yg mengingatkan aku pada the curve.

Ada 3 kedai kopi: Starbucks, Caribou coffee dan % Arabica avenues.
Ada cinema.
Ada shop lot spt : sephora, body shop, nyx, dan mcm2 kedai baju dan fesyen, dan perfume. McD dan KFC.( Aku punya wishlist nak makan mekdi portion pak arab ). Dan rangkaian kedai2 lain. Supermarket dlm ni cuma fresh market kecil yg jual manisan dan buah2an. Agak mahal. Jujur ni.

Sini member cakap sale tak tentu. Tak mcm malaysia. Ada year end sale. Festive sale bagai. Aku rasa barang mekap dia lagi murah dari sehelai blaus. Harga mekap cap huda beauty tu agak sama je kat negara kita. Tp blaus dia... aku beli la selai sbb aku dtg sini bawak baju sgt minima. Harga 11 BD selepas sale. Kalo convert ke MYR ble putih bijik mata. Hahaha. Ada je t shirt2 murah harga 1 ke 2 BD kat downtown tadi... tp aduii..tak menepati piawaian jenis2 baju aku pakai. Haha

Apa2 pun kat gate 4 mall ni kita ble kluar utk menikmati pemandangan laut yg menghadap kota manama. Cantik. 



Nanti kita jalan2 lagi. Kita tepek jurnal kat sini.

Wednesday 18 July 2018

Review buku : Breathe

Aku pernah bekerja di Institut Jantung Negara (IJN) selama hampir 8 tahun. Dan yep.. aku kenal la dr ben kesayangan korang tu. Hahahahaha. Kewujudan dia kat IJN tu kind of giving me side income utk jual buku2 bertandatangan beliau. Hahaha.

Aku mmg follow buku2 dia dari diagnosis 2, diagnosis apokalips, fobia ke buku yg 100% ditulis oleh dr ben ; Breathe.
Aku tak tahu kenapa aku follow penulisan beliau. Tp genre yg jenis berlatar belakang tentang medikal ni aku suka. Sbb aku rasa layak utk komplen.

Kalau follow penulisan dr ben dr awal, mmg boleh perhatikan la those writing are getting better. Jgn la literal sgt; bukan tulisan yg aku maksudkan. Tapi penulisan beliau.

BREATHE; BY DR BENI ISMAN RUSANI
PUBLISHER: WHITECOAT
YEAR: 2017



Novel ni dlm bahasa inggeris. Kalau adik2 nk upgrade english adik, acik sarankan sgt, elok sikit drpd baca status2 fb, wc, ig..baik baca buku ni. There's a lot of new words, quotes and some idioms inside.

Sbb dah lama baca buku ni, nak ingat balik susah sikit. Tp sis cuba.

Writer's notes dia bercerita tentang CPR dan penulis dah tulis siap2 dia nk cerita berkenaan apa. Cerita tentang doktor yg selama ini merawat sakit jantung dan ironinya kali ini dialah pesakit itu.

Among all the chapters, i love prologue and chapter one the most. Sbb ia bercerita tentang patofisilogi sakit jantung. Bahasa mudah dia mcm mana sakit jantung tu bermula.

Cerita ttg dr adam yg bertarung nyawa selepas serangan jantung sewaktu beliau beriadah. Dan beliau dihujani segala momen2 imbas-kembali yg berlegar-legar dlm fikirannya.

Pendek cerita dr adam survive. Tp bukan itu moral value dia. Hahaha.

Buku ini byk menyentuh perihal persahabatan, pengalaman hidup dan cinta. Between dr adam, mad doc and julia.

 One of my favourite quote is;

" the last thing a broken-lung man need is a broken-heart,"





Saturday 14 July 2018

Review buku: Daun yang Jatuh Tak Pernah Membenci Angin

Daun Yang Jatuh Tak Pernah Membenci Angin.
Karya Tere Liye
Terbitan; PT Gramedia Pustaka Utama

Sejak setahun yang lepas memang aku mula berjinak-jinak membaca novel dari negara seberang; indonesia. 

Order online dalam kuantiti yg byk. Lepas tu aku simpan tunggu masa dan mood membaca datang. Hahaha. Ada juga yg aku beli masa pesta buku. Dah nama pun bukan buku lokal, mahal la sikit. Tp sikit je.

Sbb byk hal yg jadi dlm hidup aku, aku selalu sibukkan diri dari melakukan kerja2 yang memerlukan fokus tetap sbb nanti fikiran aku akan melayang dan fikirkan isu yg sdg memberat dalam fikiran. Sbb tu, lama juga aku tak membaca mahupun melukis. Aku pergi lari. Marathon tu semua sbg cara aku lepaskan tekanan.

Aku terjebak dgn novel tere liye selepas penjual2 buku online dekat insta tu post quotes2 dari buku2 hasil penulisan beliau. Pulang dan Hujan buku pertama aku beli.
Selepas tu menyusul lah buku2 lain. Dalam 7 buah karya tere liye setakat ni aku ada.


Jadi, buku ni antara yg aku rasa berbaloi beli dan baca.

Sinopsis berkisar tentang dua beradik, tania dan adik lelakinya. Yang hidup merempat bersama ibunya setelah bapanya meninggal. Dan muncul lelaki ini, umpama malaikat membantu mereka. Tania waktu itu masih kecil. Dan malaikat itu menjaga mereka sehingga dewasa selepas ibunya turut pergi.

Keseluruhannya tentang perasaan yg tak diakui untuk bertahun-tahun lamanya. Yang pada hujungnya, manusia tidak sempurna. Hanya cinta yang sempurna.  Cia cia cia. 

Maka, Jujurlah dgn perasaan sendiri.


Dua2 buku ni aku bawa merantau bersama.
Ada 7 biji semuanya aku bawa ikut aku merantau. So, kena baca sikit2. Sbb aku x kenal lagi kedai buku kat negara ni. Kerja 12 jam ni timing crucial tp cuti byk. Masih belajar biasakan diri.

Travel; merantau ke Bahrain 🇧🇭

1 hb julai haritu, marked down as 1st international travelling bagi aku.
Aku jd lone traveller ke bahrain.


Bulan 12 tahun 2017, elok aku habis sambung belajar, umi aku kembali kpd Penciptanya, seminggu lepas tu, aku dapat offer kerja melalui agen Melorita di Mohamed Khalifa Cardiac Centre, Bahrain.
Aku dgn nervous call dan mesej org terdekat utk bertanyakan pendapat. Sbb masa tu jiwa aku kosong. Aku kehilangan seseorang yg amat penting dlm hidup kot.
Tapi, tak ada reply dr sapa2.
Jadi, yep..keputusan aku utk merantau ni 100% di bawah tanggungjawab aku.

Bahrain ni negara islam liberal. Budaya dia lain sikit. Mostly agak sama mcm malaysia je. Tp sebab sini ramai perantau2 dr pelbagai negara, diorang mcm ada budi bahasa yg unik.
'Salam' dan 'selamat' paling kerap aku dgr ia dituturkan. Mungkin sbb org asia muka sama je kot.

Tak mcm ke saudi, proses ke sini agak slow sikit. Tp pendek cite, selepas 6 bulan, berangkatlah aku ke mari.

Flight dr pengkalan chepa di subuh2 syarie. Transit kat KLIA. Luggage 30kg yg penuh makanan tu aku kena picked up kat sini utk daftar masuk sekali lagi. Naik flight oman air. Yg beg laptop dan luggage 7kg aku kelek je la.

Oh...masa tu aku bawak 2 bahrain dinar je. Selebihnya USD sbb x byk tempat ble tuka duit. Kiranya aku pergi dlm keadaan miskin gak arr. Aku tahu lau nk tuka duit bahrain kena pegi kat kl central atau midvalley. Lain2 da cuba. Tade.

Btw Aku tatau nk naik flight international kena naik subway ke gate dia. Ahahahahha.

Lunch atas flight western sgt..omellete, potatoes, bun, yogurt..tp tggi karbohidrat arr. 2 kali jugak la makan sblm transit ke muskat.

Ni kat muskat. Haha.

Lepas muskat naik lagi flight ke bahrain. Tak sesat...sbb ada signboard. Haha. 
Pastu tgok jam baru kol 2pm..da berapa kali nk makan lunch ni. Hahaha. 

Suhu 37'c kat airport muskat.

Duduk aje dpt makan. Haha.

Sampai bahrain en nazer, pak arab yg bertanggungjawab pick up aku da tggu. Dgn ada org malaysia yg lama dok sini nama kak linda. Dia kata dia perasan aku dlm flight dr muskat. Jd..sbb dia tahu aku bawa duit 2BD je. Dan dia x kasi aku tuka duit kat airport. Dia bg pinjam 30BD. Equals to 300+ MYR. Bayar nanti2 bila gaji katanya. Aku terhutang budi dan duit sekali.

Benda pertama buat bila sampai airport, pak arab tu da tolong buat utk aku..haha extend visa la. Then, beli no tepon. 

Sampai rumah yg mana dibiayai sepenuhnya oleh pihak hospital dah jam 6pm. Aku da rasa mengantuk giler2. Sbb ikot waktu malaysia da jam 11pm.

Disebabkan aku ditempatkan di kawasan yg ramai non muslim, pihak admin dah sediakan pinggan mangkuk asing utk aku. Juga makanan yg byk juga as courtesy.

Aku terbabas subuh gajah sini sbb jam 3 pagi dah subuh...aku kunci jam 5 pagi😭. Hahaha 5 pagi matahari da naik.

Aku baru 2 minggu sini. Jadi masih terlalu awal utk cerita dgn terperinci berkenaan hidup merantau di bahrain.

Ada juga kawan2 dan saudara mara yg merajuk sbb aku pergi tak bagi tahu diorang.  

Aku cuma mampu harap diorang faham. Aku cuma beritahu kawan2 terdekat saja. Yg mana bagi mereka, kewujudan aku penting. Aku percaya, most of the time, aku ni ada atau tiada tak memberi kesan pun.

Benda besar yg kita sendiri tak tahu hujung ceritanya bagaimana, aku x gemar hebah2kan sehingga ia jadi. Tak jadi kang malu lak.

Aku masih dlm probation period utk 3 bulan. Doakan saja perantau ini.

Aku pernah suatu hari berdoa semoga tuhan bawa aku pergi ke tempat yg tak ada siapa kenal aku dan aku pun tak kenal diorang. Mula hidup baru.

Di sebabkan oleh environment yang agak negatif utk aku waktu tu.

Be careful what you wished for; 
That the wish is granted now.

Well, aku pun dah move on dari semua tu. Lama dah. Dan aku dah maafkan semua spt mana aku harap semua maafkan aku.

Dan aku pun dah ada satu team kawan2 baik yg lau nk maki..dia maki depan2. Tade ckp belakang2. Inilah harta yg aku turut tinggalkan bila aku tinggalkan IJN.

Nanti aku cerita lagi pasal hidup kat sini. Jadi, benarkan aku bertatih hidup sendiri dulu di sini. K baii. Jauh lagi perjalanan ni.