Friday 18 January 2019

Travel; Qal'at al-Bahrain

Antara tempat yang baru aku teroka sementara berada di Bahrain ni adalah Qal'at al-Bahrain. Juga dikenali dengan nama Bahrain Fort atau Portugese Fort.
Merupakan lokasi tinggalan sejarah. Dan aku tak gemar sejarah.😂😂
Qal'at al-Bahrain adalah salah satu dari Bahrain's top 10 must-do

Lokasi; aku pon tak pasti. Ikut je google map tunjuk jalan. Bukan aku drive.

Tak ada kadar bayaran masuk. Tak ada tandas juga. Tandas ada dalam cafe kat sana tapi perlu jadi pelanggan cafe dulu. 

Berbalik kepada sejarah Qal'at al-Bahrain ni, ia merupakan benteng tinggi yang terletak di tempat yang tinggi dan menghadap laut. View; lawa.
Dikatakan tempat ini merupakan kota utama peradaban Dilmun/Telmun. 
Tak pernah dengar kan! Aku pun tak pernah.
Peradaban Dilmun ni pula dikatakan terletak dalam lokasi Persian Gulf yang menjadi laluan perdagangan antara Mesopatamia dan Lembah Indus.
Dan pernah dihuni oleh orang kassites, greek, portugis dan persian.
Itu sebab pelbagai jenis barangan kuno dan antik dari pelbagai zaman dikatakan ditemui kat sini. Aku malas baca sejarah dia. Aku nak ambil gambar je. Haha.

Oh. Dan satu lagi. Mengikut epik Gilgamesh ( aku tak tahu ape tu ), sebagai kota utama tamadun Dilmun ( yang juga disebut 'the land of immortility') ia juga dikatakan pada zaman berkenaan sebagai tempat dewa2 bertemu. Sebab itu ia diisytihar sebagai antara lokasi sejarah yang penting. Paling tidak, ada 7 peradaban wujud silih berganti dalam kewujudan lapisan benteng2 ini. 

Pendek cerita, aku datang ambil gambar je. Mcm pelancong datang bergambar depan pintu gerbang kat A Famosa la. B


Pintu masuk

Kawasan parking luas gak arr

lawa tak

Agak luas


Masa panjat2 ni lupa sekejap diri da tua. 
Gerbang yg lawa
pintu masuk ke bahagian dalam benteng. Serius macam istana
batuan dia macam karangan laut yang dah mati. Coral kau tau...karangan laut la tu. Batu karang paham?
Ia menghadap laut. Tp masa aku pergi, air laut tengah surut


Pusing
 
Pusing lagi

Pusing dan pusing lagi
 



Termenung jap 



Ini depan sikit dari benteng yang macam istana tu. Tak pasti apa fungsi dia.


Sekian.



Friday 4 January 2019

Travel; weekend gateway ke Dubai

Hal yang aku baru tau bila kerja kat Timur Tengah ni, adalah kalau nak keluar dari negara kita kerja ni kena ada gate pass atau weekend pass. Dan perlu ada re-entry visa yg kena apply awal dgn admin hospital ( in my case laa sbb keje hospital ).

Sebab dah 6 bulan tak keluar dari Bahrain, kawan2 kerja se-malaysia ajak dan ajar pegi weekend gateway ke Dubai. Seronok. Tapi lagi seronok kalau dapat balik Malaysia kan. Hahaha

Itinerari ke Dubai dibuat oleh kawan aku. Aku cuma ikut je. Kiranya selepas Bahrain, negara selain Malaysia aku pergi UAE laa.

Disebabkan Bahrain pakai Bahrain dinar kena pegi tukar matawang ke AED.

Dari Bahrain ke Dubai kitorang naik Fly Dubai dalam 1 jam penerbangan.

Sampai airport dubai, bergambar la dulu. ^^
Entah bila nk datang lagi walopon dekat. Maybe transit ke Malaysia dari Bahrain la kot.

Sampai sini barulah...oii sebijik mcm KL. Terubat rindu tengok bizi dia. Tgok mall dia. Tgok tren dia. Tgok multiracial people all around the world.
Barulah nampak betapa wasatiyah nau Bahrain. Ampunnn.
Tak baik mengata tempat bagi rezeki kat kita

Tak silap kitorang tiba di terminal 1. Jadi kitorang beli rtc kad ( mcm kad rapid ) utk akses naik bas dan tren. Kad ni dijual kat kedai serbaneka (mart/convenience store)  dalam airport tu.

Benda pertama kitorang buat sebelum memulakan weekend gateway 4 hari 3 malam ni adalah pegi cari hotel yg kitorang dah booking berdekatan dengan Mall of Emirates.
Lepas solat dan semua mana yg patut, aktivit ukur jalan pun bermula.

Ni beberapa tempat menarik yg affordable kat Dubai yg sempat kitorang cover.
Banyak sangat tempat menarik kat sini, cuma masa dan tenaga tak sudi ada bersama.




Dubai Global Village

Dengan tiket masuk 15 AED, aku rasa Global Village adalah tempat yg paling berbaloi utk dilawati.
Katanya, Dubai Global Village ni taman tema multicultural yang mana ia menghimpunkan budaya2 pelosok dunia dalam satu tempat. Bangunan2 yang menjadi ikon kebanggaan negara masing2 dihias lampu kaler2 beserta dengan street food yg nak kata authentic sgt tu tak laa..tapi boleh laaa. Musim winter je ada katanya. Seasonal tourism attraction dikala winter katanya juga lah.
Nah gambar sekitar Dubai Global Village.

Lampu tu bertukar2 kaler

bersama awek jepun kat kampung jepun ^^

Biasan lampu pada gelapnya langit malam memang wawww

Sydney di dubai
Kota mesir di dubai

Pintu keluar masuk 

Taj mahal tiruan

bahrain pon ado

malaysia ada kat sini tapi x malaysia sgt

Byk cenderahati dijual.

Negara omputih pon ada

Banyak snap gambar sebenarnya, tapi letak banyak2 kang bosan lak tengok nanti. Hahahaha.

Luas sangat tempat ni. Lenguh pinggang ukur. Belum habis menapak semua tempat, pinggang da rasa longgar mcm dah hilang 3kg. Dlm imaginasi je la.


Jumeira Public Beach

Tempat wajib pergi seterusnya adalah Jumeira Public Beach. Mmg kawasan tumpuan pelancong. Sebabnya percuma. Dan ble bergambar menghadap hotel paling mahal di dunia juga dikenali sebagai Burj al Arab.

Musim winter kan...matahari mmg la panas..tp udara nyaman. Memang ngam la ngan  org malaysia yg suka suam2 ni.

Dicadangkan dtg awal sikit sbb ni antara tempat tumpuan, sekejap je pantai penuh nk buat aksi bergambar pun susah sikit.






Atlantis The Palm Dubai

Dekat dengan Jumeira jugak. Jadi tumpuan pelancong kerana hotel 5 bintang dia tengah laut ada spa ada aquarium dan lain2. Tapi bagi pelancong dalam bajet terhad mcm aku of course la..cuma pergi depan sikit dari hotel tu, view menghadap laut dia memang breath-taking. Free je. Asal tak check-in hotel insyaallah free.



Baru feeling dok oversea


Medina souk @ Souk Medinat Jumeirah

Ini pun antara tempat yang harus pergi bukan sebab baik utk habiskan duit. Tapi baik untuk instagram-worth photo. Masuk free. Jgn risau. 
1st of all; makanan dan barang kat sini mahal sikit. Tapi kalo ada duit nak dihabiskan, kat sini ada coffee shop yg menghadap burj al arab. Boleh snap gamba post kat Ig weih. Juga ada mcm boat-cruiser. Tp dalam 80 AED setengah jam. Kitorang prefer free. Hahahaha.jd selfie dan wefie pinggir2 tasik pon jadi.

Pemandangan menghadap tasik

Pemandangan menghadap burj al arab


The Dubai Mall, Souq al-Bahar dan Burj Khalifa

Dubai Mall merupakan mall kedua paling besar di dunia katanya antara 21 mall terbesar di dunia. Memang antara the-must-go-place kalau ke Dubai.
Sebabnya di sinilah terletaknya Burj Khalifa, bangunan tertinggi di dunia dengan ketinggian 829.8 meter. 
Kitorang ke sana melalui Souq al Bahar, demi nak snap picture lawa berlatar belakangkan Burj Khalifa ni.
Nak naik Burj Khalifa seeloknya beli tiket online. Dapat murah. Tp kitorang tak tahu jam berapa kitorang available utk naik, jadi kitorang cadang beli on the spot. Memang tade la jawabnya. Yg ada pon dek paling tinggi dengan harga cecah lebih 500 AED. Bajet traveller mohon berundur. Abort the mission.
Dari pintu masuk Souq al Bahar

Jalan ke arah Dubai Mall

View dari jejantas Dubai mall


Dari jauh saja.



Human Waterfall,  Dubai Aquarium & underwater zoo di Dubai Mall.

Satu lagi yang menarik kat Dubai Mall selain Burj Khalifa adalah air terjun tiruan yg ada figura manusia sedang buat terjunan yang dikenali sbg human waterfall.
Air terjun tu memberi ilusi optik kat mata bila kita duduk depan air terjun tiruan tu sambil pandang figura tu kita akan nampak seolah-olah figura tu sedang buat cubaan terjunan.


Human waterfall

Selain human waterfall, kat Dubai mall tarikan yang lain adalah aquarium dan zoo laut dia. Kitorang snap gamba depan tu je. Travel bajet dgn matlamat ukur jalan bukan pegi main. Hahaha.


The Dubai Fountain

Tarikan lain yang ada kat Dubai Mall selain shop lot yg tak terkira bilangannya adalah The Dubai Fountain. Waktu malam je tau. Dikatakan merupakan the world largest choreographed fountain system. 



Dubai Miracle Garden

Antara tempat wajib pergi kalau datang ke Dubai di musim sejuk ni. Dengan tiket masuk 47.62 AED memang lawa sangat2 dengan bunga2. Instagram-worth. Tapi bunga je la dari jenis yg sama. Tak pelbagai mana. Tapi kaler dia pelbagai. Dan hiasan dia.

Sorry. Teruja tengok meow

Bunga dari jenis ini kebanyakannya

Show off tiket

Lawaaaaa

Member kita obses sgt ngan bunga ni


Anak sedara donald duck pon ada

Tengah tunggu jodoh tiba

Tade tiket balik malaysia ke bang~

Jam merak


Desert Safari

Antara must-do-activity kat sini adalah berpeleseran kat padang pasir tengok matahari terbenam dan pegi kem dia tgok tarian gelek. Eh. Hahaha

Harga tak sama. Boleh jadi serendah 80++ AED ke 200++AED depends booking dgn siapa dan dekat mana. Kami booking dgn hotel yg kami duduk jer. Senang.

Diorang akan ambil dekat hotel dalam jam 1500h dan akan buat beberapa pitstop sebelum ke padang pasir. Kalau nak naik ATG pon boleh. Dia bagi masa.
Sampai kat padang pasir snap la gamba sekeping dua.
Memang cantik weih.

Lepas tu enjoy the ride yg buat adrenaline turun naik dan bleh stimulate muntah.
Sbb tu dinasihatkan utk tak makan berat kalau nak join desert safari.

Last pit stop sebelum kem, dia akan bg kita masa snap gambar matahari terbenam.

Sampai kem hari da gelap, surau, tandas, makanan semua disediakan.
Dan layanlaaa persembahan tarian. Tarian gelek last sekali. Aku tengok aku yang malu. Ahahahahaha.

Sunset kat kaki bukit

Masih menunggu....meh

Restoran Nur Malaysia, Dubai

Sebagai anak rantau, benda yang aku paling rindu; dah tentu makanan Malaysia. Makanan yang ada multi-racial infusion kind of food.
Dapat tahu ada restoran malaysia kat sini laju je cari. Siap oder banyak2 lagi macam org kebuluran. Hahahaha..lama tak oder makan dalam bahasa melayu.

Restoran ni kat oud metha, berdekatan dengan malaysia trade centre. Ble google alamat.

Landmark

Mula2 nasik pastu roti canai



Naif Souq dan Gold souq 

Kalau nak cari abaya murah dan lawa boleh bargain kat Naif Souq ni. Tudung dan pashmina pon ada. Gold souq pulak of course la..tempat penggemar emas cari pilihan emas yg pelbagai reka bentuk. Berderet kedai emas kau.

Abaya lawa2 dan murah

Baju kawen ada jumpa, cincin kawen pon dah...pengantin je belum. Ahaha.



Diera Old Souq , Abra Water Taxi dan Heritage Village


Dengan nilai 1 AED sehala, tak rugi kalau nak cuba naik motobot diorang. Singgah old souq untuk shopping cenderahati. Ada spice souq juga berdekatan situ. View sgt klasik dan lawa.

Bukan motobot ni...

Lawa an
Tapi motobot yg ini

Mana tangan dia ahahaha


Banyak tempat tak sempat nak cover semua. Mungkin perlu 2nd trip weekend gateway kot. 
Dubai frame x sempat pegi. Abu Dhabi x yah cakap laa. Ferrari world bagai tu..

Penat tapi seronok. Kalau kerja saudi ni lagi seronok sbb diorang punya jenis weekend gateway adalah buat umrah. Jeles nya. Itulah manusia ni kan. Hahahaha. Bersyukur tak pernah. Asyik ukur kekurangan je.

K. Bai.

P/s; photo was taken by an amateur using samsung note 9.