Saturday 9 January 2016

review buku : PERJALANAN

buku fixi ni, bila baca kena open-minded sikit. selain bahasa kasar,pasar dan mencarut,dia juga bawa kita berfikir dari sudut orang lain. misalnya trangender.

buku tajuk perjalanan ni pun da lama da aku baca. yang ni memang lain sikit dari jenis2 buku yang aku baca. sebab dia bawa kita utk selami kehendak dan impian seorang transgender. maka kalau nak baca, baca sahaja dengan minda terbuka, iman kukuh terpasak dalam dada. dan jangan judgemental.

tajuk : PERJALANAN
penulis : REGINA IBRAHIM
penerbit : FIXI


aku pun tak pernah cuba utk fikir perasaan songsang dalam diri seorang transgender. sebab aku di didik jelas untuk bezakan hitam dan putih. tiada tengah2. halal dan haram itu jelas.

dalam buku ni, penulis akan bawa kita utk fikir dari sudut golongan transgender ni. memang suprisingly awkward. sebab dia bawa pembaca selami perubahan seorang lelaki kepada perempuan dari hormonal ke surgikal. yepp. awkward. sick and painful. physically and mentally.

apa yg hati mereka damba adalah kadang2 sama dengan wanita normal. cuma mereka bukan normal. mereka yg tewas dengan desakan emosi. mereka x pernah minta. dan mereka pilih apa yang hati mereka minta. walaupun salah dan berdosa.

membaca dari sudut lain. luar biasa lain. 

1 comment:

  1. terima kasih Chiko Kiko untuk reviewnya... sungguh bertuah kamu tidak songsang!!!

    ReplyDelete