Wednesday 12 June 2019

travel: Ada apa dengan Turki

Tak tahu kenapa malas nak menulis. Literally malas je.
Now this lazy blob need to write something before she forget. hewhew.

Awal musim panas di tanah padang pasir haritu, sekitar april lalu, kami buat travel bajet ke negara Turki. Memandangkan masa tu, Turki masih sejuk dan musim bunga is on the air. Nak kata bajet sangat pun tak jugak sebab kami pakai tour guide. Pertama sebab memang tak ada idea berkenaan turki selain negara tu terkenal dengan cat-friendly dan saki baki dari cerita 'istanbul aku datang'. Kedua, tahu diorang tak fasih bahasa inggeris. Ketiga, tahu kewujudan banyak scammer.

Travel kalini pun salah satu dari weekend gateway. Cuma kena apply annual leave sebab Turki tak termasuk dalam GCC country.

Kitorang travel guna flight flypegasus. Lebih kurang sama dengan airasia la. Penerbangan murah. 4 jam dari Bahrain. Sampai kat SAW airport ( Sabiha Gokcen International Airport ) di Istanbul. Que imigresen dia panjang. So, kalau korang nak amek transit flight better ambik yang masa transit dia lama sikit. Kawan dari Saudi terlepas flight ke Kayseri ( Yakni cappedocia ) sebab beratur punya panjang. Ramai orang nak masuk Turki bukan semata-mata sebab pemandangan, perihal sejarah, makanan, beli-belah tapi juga sebab lira turki murah.

muka orang sakit travel


TULIP

Matlamat utama: nak tengok bunga tulip. Ok berjaya la jugak. Aku pun ingat ada ladang tulip situ. Tapi tak..tulip ditanam kat tempat lain, dan diletakkan kat taman2 sekitar istanbul. Aku syak orang Malaysia buat hal la baring2 kat atas tulip tu sebab security yang jaga taman tu aim betul muka asia kitorang ni. yishhh. Gulhane Park nama taman kitorang pergi tu.

Satu hal yang menarik kalau google berkenaan tulip di Turki ni; dikatakan bahawa bunga tulip berasal dari Turki sebelum di bawa ke Belanda. Dan ironinya, kini Belanda terkenal dengan ladang-ladang tulip. Belanda masih wishlist saya. Jom la pegi sesama.

Gulhane Park

model tulip

mempesona


PADANG RUMPUT DAN TOPKAPI PALACE

Topkapi Palace adalah antara tempat wajib singgah kalau dah sampai Istanbul. Jarak jalan kaki je dari Gulhane Park tadi. Sebelum sampai kat situ, mata akan disajikan dengan padang rumput yg dipenuhi bunga2 rumput yang kecil dan comel dan lawa. Perghhh, rasa nak piknik kat situ jugak.

Literally, Topkapi Palace ni singgahsana pemerintah zaman ottoman, kat situ boleh la tengok, ruang2 khas diorang termasuk ruang simpan topi dan ruang berkhatan. ye kawan2..ruang bersunat. Tanya banyak2 aku sunat kau nanti. haha. Aku tak gemar sangat perihal bangunan2 sejarah. Setakat aku tau, itu je lah. Ada la jugak adik tourist guide membebel, ingat aku nak dengar ke. haha

kira rumput

4-leaf-clover

awek turki sekitar topkapi palace


BELON UDARA PANAS DI CAPPADOCIA

Flight ke Kayseri ( cappadocia ) sebelah petang. Matlamat utama memang nak naik belon udara panas. Dengan bayaran sekitar 180-200 euro sebab booking on the spot. Luckily, debit bank Bahrain (BBK) boleh pakai internationally tanpa perlu register yada yada.

The unluckily site was that, the weather didn't allow us to feel and capture the moment with the hot air balloon. Kitorang dah dalam mini van ke tempat kejadian dah bilamana driver kata dia terima panggilan, belon pagi ni cancelled. Ughh, sbb tu kena pergi turki lagi.

dapat tengok dari jauh saja



HOTEL GUA DAN SEJARAH KEJADIAN BATU-BATU UNIK 

Cappadocia; tak kira dengan sebutan 'kya' atau 'cia' memberi makna land of a beautiful horses. Kaya dengan kawasan berbatu bata. Dan rumah-rumah di dalam gua. Banyak gua, bukit yang ditarah dijadikan gua dan seterusnya dijadikan rumah dan hotel2 kecil sebagai bisnes kecil-kecilan warga tempatan.

Dikatakan dulu, sewaktu perang, orang kristian yang melarikan diri, bersembunyi di dalam gua dan membina tempat tinggal mereka dalam gua dengan mengorek dinding2 gua. nota kaki; kristian zaman dulu ok, bukan sekarang bak kata tourist guide.

Banyak jugak kewujudan batu-batu terhakis yang puncaknya menyerupai bentuk cendawan dan bentuk2 lain. Yang ni pulak katanya, kawasan darat yang kita tinggal sekarang adalah sebenarnya laut. Sebab, saintis sepakat menyatakan the only reason yang sebabkan batu terhakis secara melintang adalah sebab hakisan air. Ni pun tourist guide bagitahu.

Basically, kalau cappadocia, memang local tourist guide akan bawak ikut pakej red tour or green tour. Sebab jarak yang jauh dan masalah bahasa. Trust the local.

my cave hotel


eksen la sikit

inilah hasil hakisan air







KUCING DAN ANIMAL FRIENDLY COUNTRY

Kucing dan binatang-binatang kat negara Turki ni semua debab-debab. Hahahahaha. Geram aku. Tapi kita je la friendly ngan diorang. Diorang mesti annoying ngan manusia. Muka masing2 memang x leh blah mcm....'yishhh manusia lagi..pegang2 kita lak dia,'. Even burung camar dia pon debab.








SELAT BOSPHORUS

Adalah rugi, kalau dah sampai Istanbul, tak naik cruise ulang-alik kat Selat Bosphorus. View dia memang superb. Alaaa..kitorang naik yang sekejap tu je. Masa suntuk katakan.




SPICE BAZAAR DAN TURKISH DELIGHT
  
Ni tempat shopping ni. Macam2 ada. Ada dari jenis rempah ratus, pakaian, tudung turki ( tolonglaaa beli ), teh herba, kasut tiruan ,cenderahati dan macam-macam laa. Nak shopping mata pon boleh.

Dan yang paling best, manisan turki yang wajib cuba. Terutama kat kedai Hafiz Mohammad yang well-known tu. Juga satu manisan nama dia Turkish Delight. Basically noughat. Macam gula2 jeli yang lembut tu berperisa delima, coklat, hazelnut etc dengan taburan kacang2 pistachio and so on la. 





HAGIA SOPHIA DAN BLUE MOSQUE

Dua2 tempat ni pon ada cerita sejarah disebaliknya. Antara wajib singgah juga. 

Hagia Sophia ringkasnya merupakan sebuah gereja pada asalnya. Pada tahun 1453, di bawah pimpinan Sultan al-Fateh, ia dijadikan masjid. Siling gereja dipaster dan digantikan dengan simbol-simbol islamik.

Namun pada tahun 1953, di bawah pemerintahan sekular Attarturk, Hagia Sophia dijadikan muzium. Plaster siling dibuka semula, dan muzium dibuka untuk semua. Oleh sebab itu, hari ini, kita dapat lihat kombinasi dua agama dalam bangunan ini.







SMOKING AREA

Hal yang tak seronok berkenaan Turki adalah, citizen nya yang aktif merokok. Udara sangat berbau asap rokok. Kalau bercadang nak bawa anak kecil tu, hati2 ye. Tak larang pun. Tak ada tempat sempurna kat dunia ni. Saya faham tu. 

CREDITS

Otherwise, Turkey is an awesome place to travel. Kudos to adik tourist guide kitorang ( merupakan pelajar tahun akhir jurusan perubatan di universiti tempatan ) yang gigih nak cari makan walaupun ada kelas nak kena attend. Juga 2 kawan travel saya sebab menjaga saya yang travel dalam keadaan tak sihat haritu. hahahahahahaha. 

Bai