Friday 23 January 2015

review buku : JAHANAM

berjaya aku habiskan satu lagi buku sepanjang cuti semester ni ( dalam masa yang sama kena kerja gak wuwu! ).

aku ambil masa lebih kurang <24 jam. jadi dikira ok lah gak buku ni. well, buku keluaran fixi mmg kebanyakan luar biasa menarik dan tidak terikat dgn impian palsu seorang awek. hehe.

nin dia..review buku tersebut.

TAJUK        : JAHANAM
PENULIS    : HASRUL RIZWAN
PENERBIT  : FIXI

   dimulakan dengan jasuli, pekerja kilang besi yg selalu balik lewat malam kerana tuntutan kerja melalui jalan sunyi yg selalu jugak beliau terserempak dengan hantu tiga beranak sehingga membawa kepada perkenalan dengan rokiah, seorang awek yang ada ijazah akauntan yang seterusnya menjadi teman wanitanya. namun, untuk mengahwini rokiah yang high maintainance bukanlah kerja mudah ditambah pula kilang jasuli bekerja telah pon bankrup.

   tamin, sahabat jasuli, seorang penjual dvd cetak rompak, telah mencadangkan kepada jasuli idea untuk merompak kedai emas hasil dorongan dari surat rahsia yang diterima oleh beliau. surat itu jugak yang berjaya membuat tamin mencipta bom buatan sendiri yang diberi nama 'the nokharom'.
bertemankan seorang lagi member mereka, berjayalah rompakan tersebut dengan alibi menonton wayang di tengah hari jumaat..sewaktu orang lelaki sepatutnya ke masjid sembahyang jumaat.
namun, dalam riang hatinya jasuli berbunga mahu melamar rokiah dengan duit hasil rompakan, rokiah tega memohon diputuskan hubungan.

  jasuli dan kawan2 menjadi lebih berani dengan idea merompak bank di kuala lumpur. namun rompakan ini tidaklah berhasil yang menjadikan jasuli satu-satunya survivor dalam rompakan ini dimana anehnya ada perompak lain selain mereka di bank tersebut. dalam keadaannya yg cedera ditembak di perut, berjaya jasuli lari bersama seorang tebusan bernama salina.

  yang anehnya, dalam tempoh yang beberapa jam, hubungan salina dan jasuli menjadi baik. namun kerana masih dikejar oleh perompak lain, jasuli terpaksa meninggalkan salina di dalam gerabak keretapi tersebut.

  dipendekkan cerita, sesampai dirumahnya, jasuli membuka surat jemputan kahwin rokiah dengan nizam,seorang pegawai kastam. kerana marah, beliau telah menghadiahkan bom buatan sendiri tamin, The nokharom kepada pasangan pengantin tersebut dan pergilah beliau ke galeri anson, di sana bertemulah dia kembali dengan salina.

di sinilah segalanya terbongkar:, siapa sebenarnya jasuli, apa kaitannya dengan perompak yang bernama boseng itu, bagaimana surat rahsia itu diterima, apa kaitan rokiah dan suaminya dalam teki teki tekuk kehidupan jasuli, kaitan salina dan ibu bapanya yang telah meninggal itu dengan boseng, kenapa tamin dan kawan2nya harus mati juga siapa sebenarnya hantu tiga beranak itu.
semuanya dalam satu manuskrip.sekian.

menarik. kalau ustaz2 baca pastilah beristighfar panjang. juga pengetahuan penulis dalam pelbagai bidang seperti samada beliau kaji dahulu bidang2 tersebut atau memang beliau berpengalaman dalam bidang2 tersebut.

rating; kalau 5 bintang itu perfek..aku bagi 4 1/2. tp mohon faham ini personal rating.