Sunday 30 December 2018

Tips: apa kena buat jika id m2u kena blocked. haha

Beberapa minggu lepas, kecoh kat negara tercinta; scammer perbankan internet. Targeted bank was CIMB tp pelanggan maybank pun turut ambil inisiatif berhati2. Sebenarnya dah banyak rasanya tips dan nasihat yang berlegar2 kat fb berkenaan mcm mana nak elak, how to deal with the scammer including to avoid expose your bank card number and so on and so forth. i guess some of us just didn't lucky enough. but it's good to learn from other's experiences.

Jadi, dipendekkan cerita aku nak buat transaksi online ke bukan faveret akaun yg aku dah set.
Dah bg Tac no..tetiba keluar soalan keselamatan ( security question ) utk jawab.
soalan sekuriti ni mmg kita sendiri yg set jawapan masa kita mula2 aktifkan perbankan online. Mampus..aku dah lupa jawapan apa aku letak. semua soalan aku pilih berkenaan apa yg aku suka. Masalahnya sekarang apa yg aku suka pon aku dah lupa. hahahaha.

3 soalan dgn 2 jawapan yg salah. ID aku serta merta kena sekat. demmit.

Jadi aku emel incik rimau bg tau isu yg sdg aku alami.
tp sbb aku sibuk keesokan hari dan beberapa hari lepas tu aku cuma perasan dia reply emel aku tp aku x baca pun emel tu.
ye laa..kat sini aku pakai BHD bukan MYR.
Selagi tak perlu transfer gaji tidaklah aku tengok.

Jadi, inilah dia apa kita perlu buat:
- telefon eksekutif perkhidmatan pelanggan ( customer service ) maybank.
dlm Malaysia; 1 300 88 66 88
luar Malaysia; +603 7844 3696
- mmg akan makan masa sikit untuk tembusi talian; just hang on there
-dia akan tanya no kad atm, ic, no telefon, dan tempat kita buka akaun buat pertama kali
juga apa urusan terakhir sebelum id disekat
-dan dia akan nasihat tukar soalan keselamatan juga
-then, tadaaaaaa...sekatan dibuka

ada member kabor, time diorang; kena bg id residen kat negara org sbg pengesahan. setakat ni, apa yg atas tu je aku kena buat.

tak tipu, tp beban kat jiwa hilang serta merta.
kau kena paham, kadang2 jika kita susah, tak ramai yg sudi dgn mudah izinkan utk kita bergantung harap pada mereka. Bukan tak ada, tp x ramai. if you find this kind of person; don't lose them.
setakat ni aku lega..adik bongsu aku selalu ada untuk aku
dan aku pun x redha diri sendiri susahkan orang. sbb aku tau susah tu bagaimana rasanya.

                                                                         sabar eh~

tu je la kot. nanti aku share berkenaan anxiety dan trip ke dubai. dan juga buku yg baru aku habiskan.

Tuesday 4 December 2018

Nota hati: Grieving & Escapisme

Happy 6 month old traveller dear old-chap.
parah..baru 32 keep reminding diri da tua supaya tak terbawa2 perangai 23. haha.
Ramai pula tanya bila nak update jurnal..eiyy tak malu baca diari orang. haha.
Sibuk sikit. Setakat update IG, spam fb dgn gambar kucing..i sibuk makan dan jengah sale2 hujung tahun kat sini.

Hari ini 4/12/2018. Maka genaplah setahun pemergian ibunda kepada penciptanya.
Masih terasa bagaikan semalam diberi peluang menggenggam tangannya sehingga terpisah roh dari jasadnya. Dan melihat pemergian insan yang kita sayang, hati tu; sakitnya tak tergambarkan. Kau menjadi saksi sakitnya kematian tu, sehinggakan kau mohon Tuhan ambilnya dengan segera, kerana kau tak sanggup lagi melihat dia kesakitan. definisi utk sayang yang tak terhingga sehingga sanggup melepaskan. Agar mudah bg dia.

Aku rasa kebanyakan org akan belajar subjek ni : stage of grief : denial, anger, bargaining, depression and acceptance. Fasa dia sama utk semua orang. Cuma masa dan cara berbeza.
Different pace and phase.

Proses grieving aku membawa aku mencari jalan keluar.
Melarikan diri dari semua orang ; aku jadikan sebagai cara escapisme aku dari rasa sakit yang bukan fizikal.

Aku banyak salahkan diri sendiri dan salahkan keadaan yang menyebabkan aku gagal memberi yang terbaik untuk umi sepanjang hayat dia. Aku berputus asa dari berharap pada fahamnya orang lain pada situasi yang sedang aku hadapi.
Masa tu aku cuma nampak aku bersendirian menghadapi trials and tribulation.
Tak tahu arah mana dan ke mana hendak aku tuju.

Memang. Ada adik beradik. Tapi diorang dah berkeluarga. Kau dah tua lagi mahu susahkan orang buat apa. hahahaha. Ini lagi satu masalah orang introvert. We're unable to ventilate our feeling freely. We're tend to feels like a burden to others.
Dalam tempoh ini, aku banyak menulis. Biasa aku spam IG aku dengan post2 yg ajak orang ikut sedih sekali. Hahahaha. Aku tulis panjang2 dengan harapan tak ada orang akan baca.

Secara verbal, aku tak boleh bercerita tanpa aku menangis. Jadi aku ventilate perasaan aku dengan menulis. Tapi ironi, aku sedia mendengar luahan adik beradik aku tanpa judgement. 
I do think that it was a privilege when a person comes to you to ventilate their feelings. Over and over again. Because it's signs of trustworthy. You don't have to say anything. Just listen to them. It helps them a lot actually. Chasing away the sadness. And heaviness. eventually yours will also be chased away.

Abaikan semua sebab yang buat aku menjauhkan diri dari semua orang;
Point utama escapisme aku adalah mencari balik harga diri. Untuk tahu apa nilai kewujudan aku pada mereka yang aku kira penting dalam hidup aku. Dan sebab lain: a handsome amount of salary la of course. Buat apa tinggalkan comfort zone kalau gaji x berbaloi. kan.

Dan selepas 6 bulan menjadi anak rantau. Aku sudah jumpa apa yang aku mahu cari.
Jawapan tu memang dah ada dalam diri.
I was blinded by the chaos in my mind. Afterall, we're just a human being with multiple feelings blended in. Seiringnya masa berlalu, begitu jugalah rajuk aku.

Bahawa sebenarnya
Bukan nilai aku pada mereka yang utama, tapi nilai mereka pada aku
yang selama ni membuatkan aku mahu sentiasa ada untuk mereka

And just like me
everyone too; is fighting his/her own demons
that consumed their attention

Aku patut pilih cara lain untuk escapisme dari sedih dan kecewa
Tapi tu lah: what done is done. Kita dah mulakan, haruslah kita habiskan.
Eh, siapa kata menyesal. Tak menyesal. Malah bersyukur.

i fixed my broken heart.
i soar the skies freely.

dan sekurang2nya aku dah tau sebab untuk aku pulang bila aku perlu pulang.
yer..janji. merantau sekejap je.

Aku jumpa puisi 'merantau' ni dalam google image. tapi gagal cari penulisnya.
penulis; silakan tag diri sendiri.

Image result for merantaulah agar kau tau

                               sumber; google image.

             Nah..aku belanja gamba bangunan yg menjadi lambang kebanggaan warga bahraini.


bai..jumpa nanti malaysia. dan isinya. rindu.