Saturday 14 July 2018

Travel; merantau ke Bahrain 🇧🇭

1 hb julai haritu, marked down as 1st international travelling bagi aku.
Aku jd lone traveller ke bahrain.


Bulan 12 tahun 2017, elok aku habis sambung belajar, umi aku kembali kpd Penciptanya, seminggu lepas tu, aku dapat offer kerja melalui agen Melorita di Mohamed Khalifa Cardiac Centre, Bahrain.
Aku dgn nervous call dan mesej org terdekat utk bertanyakan pendapat. Sbb masa tu jiwa aku kosong. Aku kehilangan seseorang yg amat penting dlm hidup kot.
Tapi, tak ada reply dr sapa2.
Jadi, yep..keputusan aku utk merantau ni 100% di bawah tanggungjawab aku.

Bahrain ni negara islam liberal. Budaya dia lain sikit. Mostly agak sama mcm malaysia je. Tp sebab sini ramai perantau2 dr pelbagai negara, diorang mcm ada budi bahasa yg unik.
'Salam' dan 'selamat' paling kerap aku dgr ia dituturkan. Mungkin sbb org asia muka sama je kot.

Tak mcm ke saudi, proses ke sini agak slow sikit. Tp pendek cite, selepas 6 bulan, berangkatlah aku ke mari.

Flight dr pengkalan chepa di subuh2 syarie. Transit kat KLIA. Luggage 30kg yg penuh makanan tu aku kena picked up kat sini utk daftar masuk sekali lagi. Naik flight oman air. Yg beg laptop dan luggage 7kg aku kelek je la.

Oh...masa tu aku bawak 2 bahrain dinar je. Selebihnya USD sbb x byk tempat ble tuka duit. Kiranya aku pergi dlm keadaan miskin gak arr. Aku tahu lau nk tuka duit bahrain kena pegi kat kl central atau midvalley. Lain2 da cuba. Tade.

Btw Aku tatau nk naik flight international kena naik subway ke gate dia. Ahahahahha.

Lunch atas flight western sgt..omellete, potatoes, bun, yogurt..tp tggi karbohidrat arr. 2 kali jugak la makan sblm transit ke muskat.

Ni kat muskat. Haha.

Lepas muskat naik lagi flight ke bahrain. Tak sesat...sbb ada signboard. Haha. 
Pastu tgok jam baru kol 2pm..da berapa kali nk makan lunch ni. Hahaha. 

Suhu 37'c kat airport muskat.

Duduk aje dpt makan. Haha.

Sampai bahrain en nazer, pak arab yg bertanggungjawab pick up aku da tggu. Dgn ada org malaysia yg lama dok sini nama kak linda. Dia kata dia perasan aku dlm flight dr muskat. Jd..sbb dia tahu aku bawa duit 2BD je. Dan dia x kasi aku tuka duit kat airport. Dia bg pinjam 30BD. Equals to 300+ MYR. Bayar nanti2 bila gaji katanya. Aku terhutang budi dan duit sekali.

Benda pertama buat bila sampai airport, pak arab tu da tolong buat utk aku..haha extend visa la. Then, beli no tepon. 

Sampai rumah yg mana dibiayai sepenuhnya oleh pihak hospital dah jam 6pm. Aku da rasa mengantuk giler2. Sbb ikot waktu malaysia da jam 11pm.

Disebabkan aku ditempatkan di kawasan yg ramai non muslim, pihak admin dah sediakan pinggan mangkuk asing utk aku. Juga makanan yg byk juga as courtesy.

Aku terbabas subuh gajah sini sbb jam 3 pagi dah subuh...aku kunci jam 5 pagi😭. Hahaha 5 pagi matahari da naik.

Aku baru 2 minggu sini. Jadi masih terlalu awal utk cerita dgn terperinci berkenaan hidup merantau di bahrain.

Ada juga kawan2 dan saudara mara yg merajuk sbb aku pergi tak bagi tahu diorang.  

Aku cuma mampu harap diorang faham. Aku cuma beritahu kawan2 terdekat saja. Yg mana bagi mereka, kewujudan aku penting. Aku percaya, most of the time, aku ni ada atau tiada tak memberi kesan pun.

Benda besar yg kita sendiri tak tahu hujung ceritanya bagaimana, aku x gemar hebah2kan sehingga ia jadi. Tak jadi kang malu lak.

Aku masih dlm probation period utk 3 bulan. Doakan saja perantau ini.

Aku pernah suatu hari berdoa semoga tuhan bawa aku pergi ke tempat yg tak ada siapa kenal aku dan aku pun tak kenal diorang. Mula hidup baru.

Di sebabkan oleh environment yang agak negatif utk aku waktu tu.

Be careful what you wished for; 
That the wish is granted now.

Well, aku pun dah move on dari semua tu. Lama dah. Dan aku dah maafkan semua spt mana aku harap semua maafkan aku.

Dan aku pun dah ada satu team kawan2 baik yg lau nk maki..dia maki depan2. Tade ckp belakang2. Inilah harta yg aku turut tinggalkan bila aku tinggalkan IJN.

Nanti aku cerita lagi pasal hidup kat sini. Jadi, benarkan aku bertatih hidup sendiri dulu di sini. K baii. Jauh lagi perjalanan ni.

No comments:

Post a Comment