Saturday 14 July 2018

Review buku: Daun yang Jatuh Tak Pernah Membenci Angin

Daun Yang Jatuh Tak Pernah Membenci Angin.
Karya Tere Liye
Terbitan; PT Gramedia Pustaka Utama

Sejak setahun yang lepas memang aku mula berjinak-jinak membaca novel dari negara seberang; indonesia. 

Order online dalam kuantiti yg byk. Lepas tu aku simpan tunggu masa dan mood membaca datang. Hahaha. Ada juga yg aku beli masa pesta buku. Dah nama pun bukan buku lokal, mahal la sikit. Tp sikit je.

Sbb byk hal yg jadi dlm hidup aku, aku selalu sibukkan diri dari melakukan kerja2 yang memerlukan fokus tetap sbb nanti fikiran aku akan melayang dan fikirkan isu yg sdg memberat dalam fikiran. Sbb tu, lama juga aku tak membaca mahupun melukis. Aku pergi lari. Marathon tu semua sbg cara aku lepaskan tekanan.

Aku terjebak dgn novel tere liye selepas penjual2 buku online dekat insta tu post quotes2 dari buku2 hasil penulisan beliau. Pulang dan Hujan buku pertama aku beli.
Selepas tu menyusul lah buku2 lain. Dalam 7 buah karya tere liye setakat ni aku ada.


Jadi, buku ni antara yg aku rasa berbaloi beli dan baca.

Sinopsis berkisar tentang dua beradik, tania dan adik lelakinya. Yang hidup merempat bersama ibunya setelah bapanya meninggal. Dan muncul lelaki ini, umpama malaikat membantu mereka. Tania waktu itu masih kecil. Dan malaikat itu menjaga mereka sehingga dewasa selepas ibunya turut pergi.

Keseluruhannya tentang perasaan yg tak diakui untuk bertahun-tahun lamanya. Yang pada hujungnya, manusia tidak sempurna. Hanya cinta yang sempurna.  Cia cia cia. 

Maka, Jujurlah dgn perasaan sendiri.


Dua2 buku ni aku bawa merantau bersama.
Ada 7 biji semuanya aku bawa ikut aku merantau. So, kena baca sikit2. Sbb aku x kenal lagi kedai buku kat negara ni. Kerja 12 jam ni timing crucial tp cuti byk. Masih belajar biasakan diri.

No comments:

Post a Comment