Sunday 22 July 2018

Travel: Jalan2 dari downtown Manama ke The Avenues, Bahrain

Assalamualaikum.
Sudah 22 hari di Bahrain. Sudah mula boleh tangkap dan cerna 'accent' orang sini bercakap. Minggu pertama aku agak 'lost'. Dan sebab aku tak faham itu lah aku 'reply' dalam bahasa melayu saja semua soalan2 diorang. Hahaha.

Orang sini kebanyakannya mmg boleh berbahasa inggeris. Cuma segelintir kecil saja tak boleh berbahasa inggeris.

Pak arab dan mak arab kat sini muka diorang ada gabungan arab-india-african-caucasian-asian. Mcm mixed sgt kau.
Ramai ekspatriat2 dtg berhijrah kat sini. Org India dan filipina adalah wajah2 yg familiar kat sini. Muka2 melayu selalunya dari indonesia dan org kita lah. Tp bilangan yg kecil. Ada juga org dr cape town, rambut ketak2..tp muka melayu sgt. Teringat artikel 'melayu di cape town'. Hahaha. Comel.

Bahrain ni negara kecil. Tapi byk sgt mall. Dekat hospital BDF tu pun ada mall. Selalu aku pergi Lulu Hypermarket je. Dekat. Kali ni member bawak jalan2 ke downtown kota manama. Cari makan. Dan merayap.

Kat kawasan downtown manama ni siang nampak biasa. Tp malam dia mmg hidup. Ramai org. Ada byk juga pilihan kedai makan utk selera org asia yg jadikan nasi sebagai makanan ruji. Ada kedai nasi padang. Oii ayam penyet..sedap lak bila fikir. Tp kitorang pergi makan kat kedai Thai. Sedap arr. Harga ok la.. 15BD utk 3 org makan. Lain kali singgah kedai depan dia lak. Try nasi padang!


Memang la tak boleh lawan suraya seafood kampung baru tu. Tp sedap la jugak. Rindu tau.

Kiranya, ni kali ke 2 aku makan kat sini.
Nah gamba makanan
Ni sedap.

Aku tatau nape aku snap gamba ni

Manis. Tp org sini suka manis.

Ciken rice shop punya lagi sedap

Essence of eating thai food. Tom yam.

Pastu kitorang amek bahrain taxi yg pakai apps macam grab tu ke The Avenues.

Mall yg mengingatkan aku pada the curve.

Ada 3 kedai kopi: Starbucks, Caribou coffee dan % Arabica avenues.
Ada cinema.
Ada shop lot spt : sephora, body shop, nyx, dan mcm2 kedai baju dan fesyen, dan perfume. McD dan KFC.( Aku punya wishlist nak makan mekdi portion pak arab ). Dan rangkaian kedai2 lain. Supermarket dlm ni cuma fresh market kecil yg jual manisan dan buah2an. Agak mahal. Jujur ni.

Sini member cakap sale tak tentu. Tak mcm malaysia. Ada year end sale. Festive sale bagai. Aku rasa barang mekap dia lagi murah dari sehelai blaus. Harga mekap cap huda beauty tu agak sama je kat negara kita. Tp blaus dia... aku beli la selai sbb aku dtg sini bawak baju sgt minima. Harga 11 BD selepas sale. Kalo convert ke MYR ble putih bijik mata. Hahaha. Ada je t shirt2 murah harga 1 ke 2 BD kat downtown tadi... tp aduii..tak menepati piawaian jenis2 baju aku pakai. Haha

Apa2 pun kat gate 4 mall ni kita ble kluar utk menikmati pemandangan laut yg menghadap kota manama. Cantik. 



Nanti kita jalan2 lagi. Kita tepek jurnal kat sini.

No comments:

Post a Comment