Friday 18 January 2019

Travel; Qal'at al-Bahrain

Antara tempat yang baru aku teroka sementara berada di Bahrain ni adalah Qal'at al-Bahrain. Juga dikenali dengan nama Bahrain Fort atau Portugese Fort.
Merupakan lokasi tinggalan sejarah. Dan aku tak gemar sejarah.😂😂
Qal'at al-Bahrain adalah salah satu dari Bahrain's top 10 must-do

Lokasi; aku pon tak pasti. Ikut je google map tunjuk jalan. Bukan aku drive.

Tak ada kadar bayaran masuk. Tak ada tandas juga. Tandas ada dalam cafe kat sana tapi perlu jadi pelanggan cafe dulu. 

Berbalik kepada sejarah Qal'at al-Bahrain ni, ia merupakan benteng tinggi yang terletak di tempat yang tinggi dan menghadap laut. View; lawa.
Dikatakan tempat ini merupakan kota utama peradaban Dilmun/Telmun. 
Tak pernah dengar kan! Aku pun tak pernah.
Peradaban Dilmun ni pula dikatakan terletak dalam lokasi Persian Gulf yang menjadi laluan perdagangan antara Mesopatamia dan Lembah Indus.
Dan pernah dihuni oleh orang kassites, greek, portugis dan persian.
Itu sebab pelbagai jenis barangan kuno dan antik dari pelbagai zaman dikatakan ditemui kat sini. Aku malas baca sejarah dia. Aku nak ambil gambar je. Haha.

Oh. Dan satu lagi. Mengikut epik Gilgamesh ( aku tak tahu ape tu ), sebagai kota utama tamadun Dilmun ( yang juga disebut 'the land of immortility') ia juga dikatakan pada zaman berkenaan sebagai tempat dewa2 bertemu. Sebab itu ia diisytihar sebagai antara lokasi sejarah yang penting. Paling tidak, ada 7 peradaban wujud silih berganti dalam kewujudan lapisan benteng2 ini. 

Pendek cerita, aku datang ambil gambar je. Mcm pelancong datang bergambar depan pintu gerbang kat A Famosa la. B


Pintu masuk

Kawasan parking luas gak arr

lawa tak

Agak luas


Masa panjat2 ni lupa sekejap diri da tua. 
Gerbang yg lawa
pintu masuk ke bahagian dalam benteng. Serius macam istana
batuan dia macam karangan laut yang dah mati. Coral kau tau...karangan laut la tu. Batu karang paham?
Ia menghadap laut. Tp masa aku pergi, air laut tengah surut


Pusing
 
Pusing lagi

Pusing dan pusing lagi
 



Termenung jap 



Ini depan sikit dari benteng yang macam istana tu. Tak pasti apa fungsi dia.


Sekian.



2 comments: