Wednesday 2 January 2019

TIPS : Anxiety attack

Sebagai manusia, anxiety atau jiwa yg cepat resah, tak leh dok diam, gundah gulana, gemuruh dan segala akronim yg memberi maksud yang sama adalah normal je. Ia tak normal bila ia melebihi paras tertentu yg memberi efek kepada fizikal ataupun fungsi sistem badan.

Aku baca artikel 'psychology today' yang ditulis oleh Jenn Granneman dengan tajuk " 15 signs of an anxious introvert". Dalam artikel ni beliau kaitkan introvert dengan anxiety yang dipanggil 'secret anxiety'. sila klik link bawah untuk baca.

https://www.psychologytoday.com/us/blog/the-secret-lives-introverts/201805/15-signs-anxious-introvert

Terma yang kita perlu faham adalah;
tak semua introvert ada anxiety.
dan Introvert bukan anxiety
cuma anxiety lebih biasa wujud dikalangan introvert.

Yang aku gemar baca dalam artikel tu bila penulis ringkaskan (summarize) bahawa 'high-functioning anxiety' atau juga dikenali sebagai 'secret anxiety' wujud dalam kebanyakan orang. Sebab secara zahirnya kita tengok mereka ini sangat berjaya dan tak menunjukkan tanda-tanda anxiety tetapi yang sebenarnya kejayaan dan motivasi mereka untuk berjaya adalah kerana ketakutan untuk gagal.

Simptom anxiety attack/panic attack ni pula boleh jadi dengan jantung berdebar-debar (palpitation), rasa nak pengsan (lightheaded), sesak nafas, tangan berpeluh dan etc boleh google.
Sehingga dikaitkan dengan masalah ritma jantung seperti SVT.

Kalau baca artikel2 berkaitan SupraVentricular Tachycardia ( SVT ) yang merupakan gangguan kepada ritma jantung, ada yang cuba kaitkan anxiety dengan SVT tetapi setakat ni katanya tiada/ terlalu sedikit kajian ( research ) yang dibuat ke atasnya dan belum ada bukti significant lagi untuk sokong kenyataan tu. Maybe psychologist ble tolong jawab.

baca artikel sini

https://rightasrain.uwmedicine.org/well/health/supraventricular-tachycardia-condition-can-make-your-heart-race-hours

Manakala dalam jurnal NCBI ada satu kajian yg dibuat oleh G.Frommeyer, L.Eckardt dan G.Breithardt pada tahun 2013 merumuskan bahawa disebabkan simptom panic attack dan SVT yang hampir sama, sesetengah panic disorder boleh bermutasi dari asalnya gangguan kesihatan mental kepada arrythmias ( gangguan ritma jantung )  jika mereka berjaya buktikan dengan beberapa kajian susulan yang lain. Tapi aku malas nak baca artikel lain2. hahaha.

https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC3547429/

Tapi yer, aku pernah kesian tengok adik aku kena anxiety attack, ECG dah sebijik mcm SVT tp ia adalah anxiety attack. Eh, kalini jadi kat diri sendiri pulak.
Sebab aku manusia jenis ventilate segala resah dalam jiwa, aku rasa aku dapat kawal emosi sendiri.
owh..itulah penipuan paling besar dari diri sendiri untuk diri sendiri supaya selalu kuat.

mula dengan tertidur dalam keadaan sedih dan takut je.
esoknya terus heart-pounding mcm jumpa kekasih hati je gayanya
terus tengah kerja jd palpitation. da la kerja 12 jam.
dada rasa sakit sbb jantung laju sangat...hahaha. Aku tunggu rebah je. Tapi sayang, kuat sangat. berjaya habiskan 12 jam kerja. Lepas pass report, terduduk kat kerusi dgn postur fetus sehingga kawan2 offer buat ECG laa..pasang telemetry laa. alang2 dok hospital kan. hahaha

Palpitation lega lepas member ajak makan aiskrim. Kau percaya tak, perempuan sangat mental aku ni.
lol.

Jadi, aku tanya kawan2 apa diorang buat kalau diorang susah hati
Ni tips diorang
-menangis
-bg tau mak/dengar suara mak
-makan
-tidur semoga bila bangun akan lupa
-minum coklat panas
-makan aiskrim utk sejukkan jiwa
-bg tau kawan baik
-belai kucing

Tambah laa semua yg kalian suka buat.

some people really,
just need a hand to hold
a person they can rely on to
someone who will catch them if they fall
someone who won't make them feels like a burden
someone to sit comfortably with silence
as the burden in mind makes the words too heavy to be speak

that's why; my hands are always wide open
although when it comes to self-healing
i hesitate to jump randomly into other's arms. i need time to see if that person sincere enough though

.

apa2 pun, percayalah, bila orang tengah susah, dia cari kau. Means dia percayakan kau. Bagi dia, kau adalah angel-in-disguise. Walaupun pada kau, yihhh..menyusahkan betul. hahaha. Sekian. Sayangilah kawan2 dan adik beradik korang.

No comments:

Post a Comment