Ok. Pergi korea tengok negara oppa adalah impian tipikal peminat2 k-drama kot.
Been there. Done that. Can crossed it from the list. Hahaha. Going to repeat maybe.
Sebenarnya, travel kali ni dah dirancang setahun lebih awal oleh member zaman tadika. Jadi diorang dah beli tiket flight murah dari air asia awal2 lagi. Aku mcm biasa; tak boleh decide sehingga cuti aku komfem. Tp masa tu sbb aku resign, dan kerja tempat baru..aku punya keputusan pon lambat. Sebab tu tiket aku mahal dari yang lain.
Tanak share itinerari. Sebab dah ramai rasanya share. Jadi, kita kongsi pengalaman menapak kat negara orang je lah.
Travel backpack ni kami pergi berempat. Semua 33 tahun dan berkerjaya. Kawan sejak 1993. Jarang jumpa tapi tu lah..kawan ni..sampai bila-bila. Asal jujur bersama.
Kitorang berkumpul kat KLIA2.
Aku dan cikgu ni dari Kota Bharu.
Editor dari Putrajaya.
Pegawai di pejabat kesihatan ni dari Kuantan.
Flight kitorang tgh malam. Jadi tidur saja sepanjang perjalanan.
Sampai kat incheon airport. Benda pertama buat selain ambil gambar adalah beli t-money juga tiket tren express direct ke seoul station. Voucher boleh beli kat k-look kata member aku. Perihal voucher semua dia arrange. Nak itinerari try mintak kat sini;
https://instagram.com/amiasahara?utm_source=ig_profile_share&igshid=18cgjxxdhee1a
Beliau ada blog juga : yeochin.blogspot.my/
Tak janji dia boleh bagi sbb dia editor dan dia bizi.
Kad t money dgn recharge 30 000 won. Recharge ni bahasa kita topup laa Tiket tren express arex yang boleh klaim balik kat next station. |
Kami travel selama 5 hari 4 malam. Dan berikut adalah beberapa tempat yang sempat kami cover. Tak banyak pon sebab time-constraint. Tapi boleh lah kalau nak repeat pergi lagi. Pergerakan dari satu tempat ke satu kawasan lain pakai tren kot. Dan jalan kaki. Phewww. Bas sesekali.
Itaewon
Itaewon memang popular di kalangan tourist dari Malaysia. Sebab akses untuk dapat makanan halal memang mudah kat sini. Kedai makan halal kiri dan kanan jalan yang menghala ke masjid besar korea ; Seoul Central Mosque.
Tapi kami tak tinggal kat area itaewon..kami pilih hongdae yang bedekatan dengan seoul station sebab mudah bagi kami untuk bergerak ke destinasi2 lain.
Utk menarik perhatian pelanggan, restoran2 ni akan pampang menu makanan melayu dan pasang lagu awie. Hahahaha. Tapi kami cuba street food korea je kat sini; ttaebokki, corndog dan fish cake dgn sup.
Rasa dia agak berbeza dgn apa yang aku dah makan kat malaysia dan bahrain. Yang mana aku rasa; sedap oii.
Antara restoran2 halal yg ada |
hahaha teringat kat member aku; siti sarah |
aduii...teringat ni lapar pulak rasa |
Comfort meal! |
Saranghae haha |
Seoullo 7017/ Seoullo Skypark
Berdekatan dengan tempat kami tinggal, ada skygarden ni. Yang mana ia macam jejantas tapi ada taman kat atas jejantas tu. Dan panjang jejantas ni boleh cover 1km bandar Seoul.
Asalnya berfungsi sebagai flyover utk kereta bg mengelak kesesakan tapi pada tahun 2017 dijadikan laluan pejalan kaki. Menggunakan NY highline skypark sbg model, seoullo skypark diilhamkan. 70 merujuk kepada tahun 1970 sewaktu flyover ni wujud dan 17 merujuk kpd 2017 tahun ia ditukar jadi jejantas dgn 17 laluan pejalan kaki yg bersambung dgn nya. Ada 24 000 jenis tumbuhan dgn 228 spesis pokok renek dan bunga ada ditanam kat situ. Menjadikan ia tempat yg sgt lawa utk amek gambar dan dating. Tp kitorang dtg musim sejuk. Alaaaaaa...
Winter pokok tinggal ranting je laaa |
Ada booth dgn hiasan kecik utk snap photo jugak |
Everland
Everland adalah antara tempat yang wajib pergi. Sebenarnya ia cuma taman tema yg besar aje. Tapi tak dapat pegi disneyland maka pergi la everland. Ada satu benda kat everland ni tade kat tempat lain ; t-express.
Roller coster yg bukan biasa2. Ni mcm nak initiate phobia dalam diri hahahaha. Curam dan laju nak mati.
Tapi nak pergi sana pun da cukup rasa penat nak mati. Hah. Kena beratur lagi. Tp, worth it. That adrenaline rush though. Oii apa aku da buat ngan hidup aku ni...
Myeondong street Night Market
Pasar malam myeongdong pun agak popular di kalangan tourist dari negara kita. Pelbagai streetfood dan barang2 seperti pakaian dan souvenir dijual dgn harga yg murah. Bab makanan halal rujuklah penjual tu punya signboard.
Kecoh jugak dalam fb isu halal makanan yg dijual kat sini. Aku beli bahulu dgn kacang merah setelah puas hati tengok ahjussi ni hanya jual bahulu je. Dan ada tanda halal.
Nami Island
Antara destinasi wajib pergi. Lokasi winter sonata. Naik tren tukar line beberapa kali sehingga tiba ke stesen Gapyeong. Kat sana ada 2 pilihan bas; express dgn harga 6000 won round trip. Atau bas biasa 1500 won sehala. Murah tapi masalah bahasa je la.
Dari sana kena naik feri. Utk masuk ke pulau nami kena bayar 10000 won.
Rasanya tak yah citer byk perihal pulau nami sbb was known kot.
Cantik tapi ramai sangat2 orang. Tapi ada kedai makan halal arr situ.
Acah2 baca peta dalam bahasa hangul |
Saranghae |
Nak menggatal jap |
Tengok la member aku ni.. |
Umm bai. |
Jumpa oppa katanya..tu muka omg tu |
Sedapppp |
Tgh fikir; kaki aku da penat menapak ni |
Bas express yg 6000 won round trip. |
Gapyeong station |
Ok..dah la tu pasal nami. Sebenarnya bapak byk amek gambar..tapi post byk2 kan muntah darah lak. Hahahahahaha.
Dongdaemun night market
Ada lagi satu pasar malam dekat dongdaemun, kalau nak beli souvenir atau sweater atau stoking ke, sini lagi murah..tapi dia tak offer streetfood halal arr.
Peniaga2 kat sini pon pandai cakap sepatah dua bahasa melayu. Kita sebagai orang melayu, mudah betul teruja dengar diorang cakap. Hahaha. Jangan tak tahu kita pon ada skill cakap sepatah dua bahasa korea. Hahahahaha. Bagus bagi tujuan bargain.
Tayang je ni. Tak halal tau |
tak halal gak dumpling ni. |
Stoberi |
Antara souvenir yg dijual |
Bergambar dgn ahjussi yg pandai cakap bahasa melayu sikit2 |
Gyeongbokgung Palace & Bukchon Hanok Village
Ini pun antara tempat tarikan kalau datang ke korea. Gyeongbokgung palace ni merupakan istana besar dinasti joseon.
Berdekatan dengan istana ni ada banyak sangat kedai yang sewakan hanbok. Sewa sekitar 10 000 ke 13 000 won. Pakej masuk istana free sebab pakai hanbok, beg comel juga tempat simpan baju kita.
Jalan jauh sikit dari istana tu ada perkampungan tradisi namanya Hanok Village. Boleh la setakat nak posing maut dengan hanbok tu.
Ni kat luar istana. Nak masuk kalau tak pakai hanbok kena bayar 3000 won |
bukan korean |
Mak jemah |
Tade oppa kat sini |
Hai |
Bergambar sakan la dengan hanbok ni |
Hanok village. Sebenarnya tu rumah orang |
Sebenarnya ada lagi gambar. Tapi, cukup arr tu an.
COEX Mall; COEX aquarium and Starfield Library
Coex mall ni sebenarnya pusat beli belah besar gaya klcc jugak la. Ada coex aquarium. Tiket beli kat k-look. Takde la sebesar aquaria klcc tu. Tapi bolehlah setakat nak tengok ikan pari gedik2 manja.
Yang paling best bagi aku dah tentu la starfield library. Yang merupakan tarikan utama kat sini. Sesiapa sahaja dibenarkan masuk. Ada banyak tempat duduk cuma dilarang baring je. Dia kabor banyak buku pelbagai bahasa tapi tak sempat survey betul2 sebab kaki dah penat.
Lotte Mart
Hypermarket yang jual barang dengan harga super murah inilah dia. Kasut yang harga rm 500 kat malaysia boleh dapat dengan harga separuh kat sini.
Juga barangan penjagaan kulit dan muka. Boleh habis won korea dalam beg dibuatnya. Tapi won dah habis masa tu..jadi tengok je laaaa mampu.
Orang sini memang obses dengan kecantikan. Bayangkan ahjumma jaga tandas pon mekap dengan contour helokk. Tak terbandinglah diri ini dengan ahjumma tersebut. It's okey ahjumma. Sy pon yippeun dalam hati. Hahaha.
Aku tatau la nape ikan pari ni gedik sgt..dia ingat comel. Memang pun. |
Pencinta buku wajib singgah sini kalau datang..Amek feel sikit. |
Lotte Mart
Hypermarket yang jual barang dengan harga super murah inilah dia. Kasut yang harga rm 500 kat malaysia boleh dapat dengan harga separuh kat sini.
Juga barangan penjagaan kulit dan muka. Boleh habis won korea dalam beg dibuatnya. Tapi won dah habis masa tu..jadi tengok je laaaa mampu.
Orang sini memang obses dengan kecantikan. Bayangkan ahjumma jaga tandas pon mekap dengan contour helokk. Tak terbandinglah diri ini dengan ahjumma tersebut. It's okey ahjumma. Sy pon yippeun dalam hati. Hahaha.
Sebenarnya hari terakhir kat sana kaki dah betul2 'sore' dah tahap heret dah kaki. Setakat yang mampu cover, itu sahaja. Tak sempat nak cover Namsan Tower. Alaa..yang tempat berjanji setia pakai kunci-mangga kaler2 tu. Tak ape lah, setakat ni tade nak janji setia dengan siapa2 lagi. Dah jumpa nanti kita pergi lagi ye.
Nah belanja gambar susu pisang. Tak complete travel ke korea kalo tak minum susu pisang dia. Walopon Bahrain banyak je. Hahahaha. Soal jajan halal x jadi masalah sejak ada cop haccp.
Ok bai.